Wednesday, March 5, 2014

Lokasi anggota polis diserang digempur malam tadi

9:17 PM No Comments


KLANG: Lokasi kejadian dua polis peronda diserang, digempur malam tadi, dalam satu Ops Cantas Bersepadu Khas bagi mengesan pendatang tanpa izin yang tiada dokumen yang sah.

Dalam operasi yang diketuai oleh Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Superintendan Goh Lee Fook, seramai 38 warga asing berjaya ditahan, masing-masing 24 warga Indonesia; tujuh warga Myanmar; enam warga Nepal dan seorang Thailand.

Sebanyak tujuh sekatan jalan raya dilakukan di Taman Sentosa, bermula jam 10 malam dan berakhir kira-kira jam 12 tengah malam.

Lee Fook berkata, Ops Cantas Bersepadu Khas itu akan diteruskan malam ini.

Semalam, seorang anggota peronda, Koperal Raja Aizam Raja Mohid, 55, meninggal dunia ketika dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) kerana mengalami kecederaan parah di bahagian kepala selepas diserang dua lelaki dipercayai warga Indonesia ketika membuat pemeriksaan terhadap suspek dan tiga wanita lagi.

Rakan setugasnya, Koperal Mohd Aidil Mustaffa, 29, cedera parah dalam kejadian itu dan masih dirawat di hospital sama.

Sumber : http://www.bharian.com.my


0 comments:

Post a Comment

Tiada Kepalsuan Copyright © 2013
Powered by Blogger