Wednesday, March 5, 2014

Eksklusif: 50 stesen subahat seludup diesel

9:10 PM No Comments


Sindiket kaut untung RM1.2 juta dalam tempoh empat bulan

Kuala Lumpur: Lebih 50 stesen minyak di Lembah Klang, dipercayai bersekongkol dengan sindiket seludup diesel dan mengaut keuntungan RM1.2 juta dalam tempoh empat bulan operasi.

Kegiatan yang meraih keuntungan RM300,000 sebulan itu terbongkar hasil serbuan pihak berkuasa di satu pusat penyimpanan di Jalan Bangi menghala Semenyih, di sini, semalam.

Kegiatan sindiket terbabit dikesan penduduk sekitar Kajang, Semenyih dan Bangi selepas mendapati kebanyakan stesen minyak sentiasa kehabisan diesel.

Sumber : http://www.bharian.com.my


0 comments:

Post a Comment

Tiada Kepalsuan Copyright © 2013
Powered by Blogger