Ibarat cubit paha kiri, paha kanan terasa juga. Begitulah
juga apa yang dirasai pelakon, Datin Paduka Umie Aida, ketika ditanya
perasaannya apabila teman baik dan rakan seperjuangan, Erra Fazira, berdepan
dengan perceraian.
Biarpun hanya mata yang berat memandang berbanding bahu yang
memikul, namun penderitaan yang dilalui bintang jelita itu, terutama apabila
kisah perceraiannya menjadi bahan sendaan ramai, tetap memberi kesan dalam diri
pelakon serba boleh terbabit.
Malah, Umie secara terangan menyelar sikap sesetengah pihak
yang bersikap tidak peka dengan memperlekehkan teman baiknya.
“Sebagai seorang kawan, tentunya saya rasa sedih dan kecewa
dengan sikap sesetengah pihak yang mempersendakan serta mempermainkan situasi
dilalui Erra. Jika kita tidak tahu apa yang berlaku, janganlah kita
memandai-mandai membuat tuduhan yang kita sendiri tidak pasti kebenarannya.
“Mujurlah Erra seorang yang kuat. Ditambah dengan
kesibukannya membuat persediaan sempena Konsert Teaterikal Suara Kita bulan
depan, sedikit sebanyak ia mengurangkan perasaan sedihnya itu,” ujar Umie
ketika ditemui selepas menjayakan bengkel Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL)
yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur, Jumaat lalu.
Sumber : http://www.bharian.com.my/
salam kenal
ReplyDeletetorascool(dot)blogspot(dot)com