AGAK jarang dikaitkan dengan sebarang cerita kontroversi,
kali ini nama Lisdawati kembali menjadi sebutan ramai berhubung pendedahannya
tentang masalah yang melanda dirinya dengan pelakon Sharnaaz Ahmad.
Dalam laporan sebuah akhbar semalam, Lisdawati dan suaminya
iaitu Fauzi Nawawi terpaksa membuat laporan polis setelah mendakwa diugut oleh
Sharnaaz menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS)
Ketika dihubungi Kosmo! semalam, pelakon itu turut meluahkan
rasa hairannya apabila ditempik Sharnaaz tanpa sebarang alasan munasabah ketika
penggambaran drama bersiri Bukan Kerana Aku Tak Cinta.
Menurut Lisdawati, sehingga laporan polis dibuat olehnya
bersama suami sejak tiga hari lalu, belum ada lagi sebarang penjelasan yang
diberikan Sharnaaz atas tindakan yang dilakukannya itu.
Berita Lanjut di Kosmo Online.
Sumber : Kosmo Online
0 comments:
Post a Comment