LONDON : “Anjing itu makan kepala anak saya! Itulah jeritan seorang ibu di Britain yang melihat anaknya
yang berusia enam hari mati dibaham anjing.
Kejadian itu berlaku tiga hari selepas Sharon John, 42,
membawa Eliza-Mae Mullane yang baru dilahirkan pulang dari hospital.
Bayi yang berada di bawah rawatan rapi selepas dilahirkan
menjadi mangsa terbaru dalam kes serangan anjing terhadap kanak-kanak di
Britain.
Polis merampas anjing baka Alaskan Malamute peliharaan
keluarga berkenaan selepas kejadian di Pontyberem, Camarthenshire itu.
Jiran keluarga berkenaan, Patricia Punter berkata Sharon
berlari ke rumahnya dan menjerit, “Saya tak tahu apa nak buat.
“Ia sangat dahsyat, Saya tidak pernah mendengar jeritan
seperti itu,” kata Patricia.
“Sharon tergamam dan terus menjerit “anjing itu makan kepala
anak saya.”
“Dia menyalahkan saya atas kejadian itu - Bayi itu sudah
mati, hanya tuhan yang tahu apa yang berlaku ketika itu,” katanya ketika
ditemui.
Anjing dalam lingkungan lima atau enam tahun yang dinamakan
Nisha itu dibawa pulang dari sebuah kelab malam oleh Sharon dan suaminya Patric
Mullane, 35.
Eliza-Mae disahkan meninggal dunia di hospital.
Jurucakap polis berkata, mereka tidak boleh memberitahu
punca kematian itu. Ibu bapa mangsa belum disoal siasat dan kejadian itu
disifatkan sebagai kemalangan tragik.
Kejadian yang menimpa Eliza-Mae itu berlaku lebih kurang
seminggu selepas Ava-Jayne Corless berusia 11 bulan mati dibaham anjing
keluarganya sewaktu tidur.
Presiden kelab baka anjing Alaskan Malamute United Kingdom,
Keith Givens berkata, “Saya membabitkan diri dengan baka ini lebih 20 tahun dan
tidak pernah mendengar kejadian seperti ini berlaku.” - Agensi
Sumber : http://www.hmetro.com.my/
0 comments:
Post a Comment