Assalamualaikum dan Salam sejahtera berita hari ini, seorang anggota polis di dakwa tembak mati rakan setugas. Artikel dari BH Online.
Kuala Lumpur: Seorang koperal polis cawangan khas Bukit Aman
dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini hari ini, atas tuduhan membunuh rakan
setugasnya, awal bulan ini.
Tertuduh, Wan Masrul Faiezie Wan Mustapha, 33, yang hadir
berbaju T hitam dan berjeans biru yang tenang sepanjang prosiding, hanya
mengangguk sambil menjawab 'saya faham' selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa
mahkamah di depan Majistret Erry Shahriman Nor Arippin, sebentar tadi.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan kerana jenayah itu
di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Mahkamah menetapkan 14 April ini untuk sebutan kes.
Sumber : http://www.bharian.com.my/
0 comments:
Post a Comment