Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, "Aku dimadu isteri" itulah tajuk yang saya baca di akhbar myMetro pagi ini. Hati suami mana yang tidak remuk apabila mengetahui Isteri yang di sayang curang dengannya. Mari baca kisah lanjut yang saya ambil dari akhbar myMetro online.
Kuala Lumpur: Remuk redam hati seorang suami apabila isteri
yang disangkanya membuat lawatan kerja, rupa-rupanya lari mengikut bekas teman
lelaki selepas hubungan mereka terjalin semula menerusi laman sosial facebook
(FB).
Lebih mengejutkan, wanita berusia 29 tahun itu turut
melarikan wang berjumlah RM50,000 milik suaminya, selain mengugut akan membunuh
diri jika dia membuat laporan polis.
Suami terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Salman, 30,
berkata, isterinya meninggalkan rumah pada 5 Februari lalu dengan alasan
mengikuti lawatan kerja ke Perak bersama rakan sekerja selama tiga hari.
“Bagaimanapun, selepas tiga hari dia masih tidak pulang ke
rumah. Bimbang dengan keselamatannya, saya menghubungi beberapa rakan
sekerjanya, namun terkejut apabila mereka memberitahu isteri saya memohon cuti
seminggu.
“Mereka juga memberitahu tiada sebarang lawatan kerja di
Perak dilakukan pihak syarikat sebagaimana yang dikatakan isteri saya,” katanya
ketika dihubungi Harian Metro, di sini, semalam.
Sumber : http://www.hmetro.com.my/
Gambar : Google
0 comments:
Post a Comment