Tuesday, February 11, 2014

MananQayyim.com : Tentang Manan

3:51 PM 2 comments



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera sahabatku semua. Hari ini saya nak buat entri penghargaan untuk sahabat saya Manan Qayyim kerana telah bertanggungjawab dalam mengubah-suai blog saya. Terima Kasih. Jom kenali manan. Entri tentang manan ini saya "curi" dari blog manan sendiri. Klik sini untuk terus ke Blog Manan Qayyim. 


Aku dikenali dengan gelaran Manan Qayyim di alam maya. Dibesarkan dalam negeri yang terkaya di Malaysia iaitu Selangor. Dilahirkan di Hospital Besar Kuala Lumpur. Mendapat pendidikan awal di SK Taman Tasik dan SRA Taman Tasik, Kemudian diperingkat menengah di SAM Hulu Langat. Tamat tingkatan 3 mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di Maktab Rendah Sains MARA ( MRSM Merbok & MRSM Pontian). Walaupun tidak berapa minat dalam aliran Sains, aku tetap menerimanya atas pemintaan  Emak aku. Aku bersyukur juga, di MRSM aku dapat menambah satu subjek tambahan yang aku minat iaitu Prinsip Perakaunan.

Setelah tamat tingkatan 5 (SPM) aku menerima tawaran untuk sambung pengajian di Universiti Teknologi MARA (UiTM) cawangan Kedah dalam jurusan Diploma Perakaunan. Alhamdulillah sem pertama aku mendapat keputusan yang memuaskan. Masuk sem 2, aku diuji dengan satu penyakit yang jarang dialami masyarakat Malaysia, iaitu Writer’s Cramp (a.k.a. focal dystonia), penyakit berkaitan saraf. Keputusan sem 2 aku jatuh teruk. Pengajian aku terganggu selama beberapa sem, 3 kali tidak menduduki pepereksaan. Sekembali aku ke UiTM Kedah untuk meneruskan pengajian, pihak pentadbiran (HEA) dan para pensyarah banyak membantu dalam urusan akademik aku, terutamanya Dr. Roshima, Dr. Mahathir dan En. Nizam. Aku diberi kemudahan untuk menjawab pepereksaan dengan mengunakan komputer riba. Sem 3 aku dapat ditamatkan walaupun sukar untuk belajar akaun mengunakan komputer riba. Semangat untuk meneruskan pengajian ini semakin luntur.

Mak dan ayah aku memohon daripada pihak UiTM untuk menukarkan aku ke cawangan yang lebih dekat dengan mereka, sekitar kawasan Selangor. Tetapi gagal disebabkan masalah pengurusan. Pemohonan kedua dilakukan untuk bertukar ke Kolej Bersekutu UiTM (Institut Profesional Baitulmal). Kali ini aku sering lakukan follow-up daripada pihak UiTM. Syukur, permohonan diluluskan.Kini aku disini, meneruskan usaha mengapai cita-cita ku dan harapan ibunda ayahda tercinta.

Aku & Blog

Penglibatan aku dan blog sejak 2009 lagi. Ketika duduk satu bilik dengan budak Sains Komputer. Nama dia Bro Maha. Dia banyak mengajar aku tentang design dan blog. Pada 2010 aku membeli domain dot com ini. Pada ketika itu juga macam-macam ingin aku kongsikan di blog. Maka jadilah blog ROJAK, tidak fokus pada bidang tertentu.Oleh itu, pada 1 Syawal ini bersamaan 8 Ogos 2013 aku telah menetapkan beberapa bidang atau topik ingin aku kupaskan dalam blog ini. Antaranya ; berkenaan penyakit aku - writer’s cramp, inspirasi, kewangan, perakaunan, dan bisnes.

Sumber  : http://mananqayyim.com/


2 comments:

Tiada Kepalsuan Copyright © 2013
Powered by Blogger