KUALA LUMPUR - Isteri kepada pelakon kacak, Datuk Eizlan
Yusof, Datin Vie Santie Harun memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai di
Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini, hari ini.
Vie Santie, 28, selaku plaintif memfailkan permohonan
pengesahan lafaz cerai mengikut Seksyen 57 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam
Negeri Selangor 2003.
Semasa sebutan kes itu dihadapan Hakim Syarie Shaiful Azli
Jamaludin, Peguam Syarie Syamimi Ab Rahman yang mewakili plaintif memaklumkan
bahawa pihaknya telah memfailkan tiga keterangan saksi plaintif.
"Terdapat juga beberapa permohonan lain yang berkaitan
dengan perkahwinan ini sedang dibincangkan dengan defendan untuk
diselesaikan," katanya.
Sehubungan itu peguam itu memohon penangguhan perbicaraan
kes itu kerana saksi-saksi plaintif yang
sepatutnya memberi keterangan tidak dapat hadir.
Pada prosiding itu, pasangan itu juga tidak hadir dan berada
di luar kawasan.
Eizlan atau nama sebenarnya Idris Md Yusof, 44, selaku
defendan tidak diwakili peguam.
Sehubungan itu mahkamah menetapkan 13 Januari tahun depan
untuk menyambung semula perbicaraan dan meminta pihak-pihak hadir bersama
saksi.
Eizlan yang juga merupakan penerbit eksekutif dan ahli
pernigaan itu bernikah dengan Vie Santie pada 7 Julai 2007.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga cahaya mata Vie Zaara; Zareef Yusof dan
Vie Zaalia berusia antara satu hingga lima tahun.
0 comments:
Post a Comment