AUTA
Satu kajian daripada Universiti Princeton mendakwa pihaknya
menemui kesan menakutkan apabila pelekat magnet peti sejuk boleh menyebabkan
penyakit kanser.
Laporan itu dikongsikan beberapa blogger serta fanpage terkenal yang mempunyai jutaan
pengikut.
Walaupun sudah lima bulan kajian itu dibuat namun sehingga
semalam masih ada pemilik akaun Facebook berkongsikan perihal penemuan kajian
tersebut. Sehingga kini lebih 6,000 pengikut laman Fanpage itu berkongsi laporan mengenai
bahayanya pelekat magnet peti sejuk itu.
Laporan itu mendakwa makanan seperti ayam, daging, ikan dan
sayuran yang disimpan di dalam peti sejuk itu akan dicemari oleh pancaran
sinaran elektromagnet hasil daripada pelekat magnet yang diletakkan di pintu
peti sejuk itu.
Malah, orang yang memakan makanan daripada peti sejuk itu
berpeluang menghidap penyakit kanser apabila sel aktif hasil elektromagnet itu
akan merebak secara senyap.
FAKTA
Menurut Pakar Sains Pemakanan, Pusat Pengajian Sains Kimia
dan Teknologi Makanan, Fakulti Sains dan Teknologi Universiti Kebangsaan
Malaysia (UKM), Prof Dr Aminah Abdullah, fakta yang dikemukakan itu adalah
palsu.
Beliau berkata, tidak mungkin pelekat magnet itu mampu
menembusi pintu sesebuah peti ais dan mempengaruhi keadaan makanan di dalamnya.
“Pelekat hiasan yang hanya diletakkan di luar pintu peti
ais, tidak mungkin boleh masuk dalam makanan.
“Apatah lagi keadaan suhunya yang sejuk menyukarkan makanan
itu bertindak balas dengan faktor yang lain,” katanya.
Beliau berkata, pihaknya tidak pernah mendengar penemuan
seumpama itu dilakukan mana-mana universiti setakat ini.
“Saya harap orang ramai tidak mudah percaya dan menyebarkan
perkara yang tidak sahih,” katanya.
Sumber : http://www.sinarharian.com.my
0 comments:
Post a Comment