PERSEKUTUAN Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mengumumkan logo
rasmi untuk Piala Dunia 2018 di Rusia dalam satu majlis Selasa lalu.
Presiden FIFA, Sepp Blatter bersama-sama ketua pasukan juara
Piala Dunia 2006, Fabio Cannavaro dan Pengerusi jawatankuasa penganjur
tempatan, Vitaly Mutko hadir dalam majlis yang dibuat di Moscow itu.
Logo berbentuk trofi Piala Dunia dengan warna bendera Rusia
iaitu merah dan biru yang dikelilingi warna emas, dipancarkan pada dinding
bangunan ikonik, Bolshoi theatre.
Pelancaran logo tersebut agak menarik kerana dilakukan oleh
tiga angkasawan di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) yang memegang logo
tersebut di hadapan kamera yang kemudian dipancarkan pada dinding bangunan.
Blatter dalam ucapannya memberitahu, pelancaran logo Piala
Dunia kali ini sangat luar biasa. Dia berharap agar kejohanan ini dapat
berlangsung dengan jayanya.
Rusia dipilih sebagai tuan rumah Piala Dunia 2018, akan
menggunakan 12 stadium di 11 bandar berbeza sepanjang kejohanan yang
dijadualkan pada bulan Jun hingga Julai 2018.
Sumber : http://www.sinarharian.com.my
0 comments:
Post a Comment