KEPALA BATAS - Seorang ibu terkejut mendapati anak lelakinya
yang berusia empat tahun terbaring di lantai rumah pengasuhnya di Taman Seri Pinang, di sini, hari ini, dengan
tangan dan kakinya diikat.
Kejadian itu disedari ketika wanita itu membuat 'pemeriksaan
mengejut' di rumah pengasuh itu.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten
Komisioner Abdul Rahman Ibrahim berkata, polis menahan pengasuh berusia 39
tahun itu selepas menerima laporan wanita itu, seorang pekerja kilang.
Dia direman sehingga esok bagi membantu siasatan.
Ketika kejadian, hanya anak pengasuh berumur kira-kira 11
tahun berada di rumah itu.
Menurut sumber, kanak-kanak itu dijaga pengasuh tersebut
sejak Jun tahun lalu.
“Sebelum ini, tiada masalah berlaku membabitkan anaknya.
“Namun, sejak akhir-akhir ini, ibu mangsa mendapati anaknya
itu sentiasa dalam keadaan lapar dan mengambil keputusan untuk melihat sendiri
keadaan anaknya ketika di rumah pengasuh tersebut,” katanya.
Menurut sumber itu lagi, kanak-kanak itu diikat kerana
didakwa nakal.
Sumber : http://www.sinarharian.com.my
0 comments:
Post a Comment