Friday, October 17, 2014

Dreamliner Royal Jordanian mendarat di KLIA

4:32 PM No Comments

LAPANGAN Terbang Antarabangsa KL (KLIA) melakar satu lagi peristiwa bersejarah semalam apabila pesawat jenama baharu Boeing 787 Dreamliner Royal Jordanian Airlines, mendarat.
  
Menurut kenyataan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) hari ini, syarikat penerbangan negara Jordan itu merupakan syarikat penerbangan pertama menawarkan penerbangan berjadual B787 Dreamliner ke KLIA.
   
Pengurus Besar Pemasaran MAHB, Mohamed Sallauddin Mat Sah berkata , Malaysia Airports mengucap tahniah kepada Royal Jordanian atas saat-saat bersejarah ini.
  
"Pesawat jenama baharu B787 Dreamliner yang dilengkapi kemudahan lebih baik atas pesawat sudah pasti merupakan satu lagi nilai tambah untuk dinikmati penumpang yang terbang dalam pesawat berkenaan," katanya.
  
B787 Dreamliner baharu yang menawarkan 24 tempat duduk bisnes dan 246 tempat duduk ekonomi merupakan antara usaha Royal Jordanian untuk menaik taraf dan memodenkan kumpulan kapalnya bagi laluan jarak sederhana dan jauh, menggantikan
A330 dan A340.
  
B787 Dreamliner juga cekap dari segi penggunaan bahan api dan dikonfigurasikan dengan kemudahan yang lebih baik seperti tingkap yang lebih besar, altitud kabin yang rendah serta sistem hiburan canggih.
  
Pengerusi Royal Jordanian Nasser Lozi berkata, Dreamliner akan membantu syarikat penerbangan itu berkembang dari segi jumlah kapal dan perkhidmatan selain mengurangkan kos penyelenggaraan, terutama selepas menggantikan pesawat jarak jauh sedia ada.

Royal Jordanian terbang ke KLIA sejak 2012, menerusi penerbangan tiga kali seminggu bagi laluan Kuala Lumpur-Bangkok-Amman, menggunakan pesawat A330. - Bernama

Sumber : http://www.sinarharian.com.my


0 comments:

Post a Comment

Tiada Kepalsuan Copyright © 2013
Powered by Blogger