Friday, October 31, 2014

Budak perempuan maut terjerut tali buaian

4:39 PM No Comments

BANDAR SERI JEMPOL - Seorang kanak- kanak perempuan maut selepas lehernya terjerut dekat tali buaian di kediaman datuk dan neneknya di Felda Lui Muda di sini petang semalam.

Ketua Polis daerah Jempol, Superitendan Hamzah Alias berkata, ketika kejadian lebih kurang jam 3.40 petang, mangsa, 5, tinggal bersama bapa saudara yang berumur 21 tahun kerana datuk dan neneknya tiada di rumah.

“Hasil siasatan awal kita dapati mangsa sering bermain dan bergayut dekat buaian itu. Buaian berkenaan diikat di kayu siling bahagian dapur rumah. Mangsa dipercayai memanjat meja berhampiran buaian berkenaan sebelum bergayut dekat tali buai.

"Ketika kejadian bapa saudaranya berada di bahagian hadapan rumah, menonton televisyen. Bapa saudara mangsa bagaimana pun ingin melihat keadaan mangsa, terkejut melihat mangsa yang sudah tergantung akibat lehernya terjerut dekat tali buaian,” katanya ketika mengesahkan kejadian hari ini.

Hamzah berkata, bapa saudara mangsa bergegas memotong tali buaian terbabit dan membawa mangsa ke Klinik Kesihatan Felda Lui Muda.
“Namun mangsa disahkan telah meninggal dunia oleh pegawai perubatan di klinik berkenaan. Jenazah mangsa kemudiannya di bawa ke Hospital Tuanku Jaafar , Seremban untuk proses bedah siasat,” katanya.

Sumber : http://www.sinarharian.com.my



0 comments:

Post a Comment

Tiada Kepalsuan Copyright © 2013
Powered by Blogger