SHAH ALAM - Jika benar andaian bahawa terdapat kuasa besar
terlibat dalam misteri kehilangan MH370, maka Malaysia tidak mampu membuat
keputusan sendiri selain hanya bergantung kepada arahan dan petunjuk negara
tersebut.
Pensyarah Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik,
Universiti Malaya (UM), Prof Datuk Dr Mohamad Abu Bakar berkata, kapasiti
Malaysia sebagai sebuah negara dan kuasa kerdil akan mudah dimanipulasi oleh
negara kuasa besar tersebut.
“Kita juga diberitakan terdapat penglibatan kuasa besar,
seandainya benar, mereka saja yang lebih tahu dan akan mencorakkan misi
pencarian ini selain tidak mendedahkan secara terperinci maklumat berkenaan
kehilangan MH370 kepada Malaysia.
“Jadi amat sukar untuk Malaysia mencari penyelesaian
berikutan maklumat tidak tepat ini sehingga menjerumuskan negara ke dalam
situasi dilema seperti sekarang,” katanya kepada Sinar Harian, hari ini.
Menurutnya, keputusan tidak memberangsangkan hasil usaha
mencari dan menyelamat juga kemungkinan berpunca daripada fakta yang
disembunyikan oleh kuasa besar tersebut.
“Usaha pencarian dilihat agak buntu kerana dibayangi oleh
negara kuasa besar yang hanya memberikan cebisan maklumat kepada kita. Kerana
itu, usia pencarian yang kini masuk tempoh sebulan masih belum menemui
apa-apa,” katanya.
Menurutnya, kuasa besar tersebut tidak akan mendedahkan
perancangan sulit mereka dalam misteri kehilangan MH370, sebaliknya akan cuba
mempermainkan isu menyalahkan Malaysia seperti yang dilakukan media asing kini.
Sumber : http://www.sinarharian.com.my
0 comments:
Post a Comment