HUTAN MELINTANG - Seorang gadis yang juga Orang Kurang Upaya
(OKU) bukan sahaja menjadi tempat melampiaskan nafsu bapa saudaranya sendiri
malah turut mengandung lapan bulan hasil hubungan terlarang itu.
Suspek yang merupakan seorang gelandangan itu melakukan
perbuatan terkutuk terhadap gadis berusia 24 tahun itu di sebuah kebun kelapa
di Kampung Tebuk Pangkor, Batu 23, Selekoh, dekat sini.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok
Liang berkata, pada 31 Mac lalu kira-kira 3 petang, ketua kampung dimaklumkan
oleh adik mangsa yang kakaknya mengandung walaupun belum berkahwin.
Menurutnya, ketua kampung
kemudiannya bertanya mengenai dakwaan tersebut kepada mangsa dan gadis
itu memberitahu telah melakukan hubungan seks dengan bapa saudaranya sebelum
satu laporan polis dibuat berhubung kejadian tersebut.
“Mangsa tidak mengetahui bila kejadian itu hanya mengingati
ia berlaku pada waktu tengah hari apabila suspek datang berjumpanya dan
memberikan wang sebanyak RM2 sebelum mengajaknya melakukan hubungan seks di
kebun.
“Mangsa yang terencat akal mengikut suspek masuk ke kebun
dan melakukan hubungan seks,” katanya.
Kok Liang berkata, mangsa telah dirujuk ke Hospital Teluk
Intan dan doktor mengesahkan gadis itu mengandung lapan bulan.
Jelasnya, suspek yang berusia 50 tahun berjaya ditahan
anggota polis di Batu 23, Jalan Bagan Datoh, Selekoh.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 376B Kanun Keseksaan dan
hasil ujian air kencing pula mendapati suspek negatif dadah,” katanya.
Beliau berkata, bagaimanapun, bapa mangsa yang merupakan
pengadu ketika itu menarik semula laporan polis dibuat bagi kes berkenaan.
Sumber : http://www.sinarharian.com.my
0 comments:
Post a Comment