Kesibukan suami selain nasihat orang tua supaya jangan
terlampau teruja membuatkan Rozita Che Wan masih menangguhkan hasrat menjalani
ujian kehamilan selepas hampir tiga minggu lewat datang haid.
Biarpun berharap rumah tangga bersama Zain Saidin, 30, yang
dibina sejak Disember lalu diserikan kehadiran cahaya mata, Rozita atau
panggilan mesranya Che Ta hanya berserah kepada-Nya.
Bukan itu saja, sebelum ini, beliau juga biasa lambat datang
haid, membuatkannya lebih selesa menunggu beberapa minggu lagi daripada
tergesa-gesa membuat pemeriksaan doktor.
Terima kasih kepada yang mendoakan kami. Bukan tidak mahu ke
klinik, rasanya masih terlalu awal untuk kami berbuat demikian. Kami pun sibuk
dengan penggambaran. Saya ada maklumkan (hal ini) kepada Zain minggu lalu. Jadi
ketika sambutan hari lahirnya, dia memberitahu tidak mahu apa-apa, selain
mendengar khabar gembira (hamil) itu.
Saya tahu suami saya tidak mahu memberikan tekanan. Dia pun
faham, malah minta saya tunggu saja rezeki yang diberikan-Nya. Andai berita
gembira, ia bukan hanya hadiah terbesar buat suami, malah untuk saya juga
kerana ulang tahun saya pada 9 Mac ini, katanya kepada HIP.
Sumber : http://www.bharian.com.my
0 comments:
Post a Comment