Subang Jaya: “Bayi comel itu dipenuhi najis ketika ditemui
sebelum saya mengambil keputusan membawanya pulang ke rumah,” kata Umi Kalsom
Khadzir, 18, pelajar Diploma Pengurusan di Management & Science University
(MSU) Shah Alam yang menemui seorang bayi perempuan berusia dua hari bersama
rakannya yang ditinggalkan di bawah pokok di SS15, di sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian jam 10 malam itu, Umi mendakwa panik dan
tidak tahu mahu berbuat apa selepas menemui bayi itu sebelum dia dan seorang
rakan mengambil keputusan membawanya pulang ke rumah.
Beliau berkata, ketika kejadian, dia dan rakannya mahu
meletakkan kereta di kawasan parkir di situ kerana hendak pergi makan di kafe
berhampiran selepas selesai belajar secara berkumpulan.
“Ketika dalam kereta lagi, saya melihat ada bungkusan putih
di bawah pokok di kawasan itu dan sebaik turun dari kereta, saya mendengar
tangisan bayi sebelum menghampirinya bagi melakukan pemeriksaan.
“Saya tergamam seketika apabila melihat bayi perempuan
dibalut menggunakan tuala selain badannya dipenuhi najis,” katanya memberitahu,
dia dan rakannya yang panik kemudian mengambil keputusan membawa bayi itu
pulang ke rumah.
Sumber : http://www.hmetro.com.my
0 comments:
Post a Comment