SHAH ALAM - Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin
secara berseloroh berkata, "satu Malaysia" mahu menampar Raja Bomoh,
Ibrahim Mat Zin ekoran perbuatannya yang "memalukan" negara.
Kata-kata itu lahir dari mulut menteri muda ini sebagai
respon kepada Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP yang mahu menamparnya seperti buaya.
KJ sebelum itu menyifatkan perbuatan Ibrahim sesuatu yang
menjatuhkan maruah dan mencalar imej negara.
"Dia sorang yang nak tampar saya...tapi saya rasa satu
Malaysia nak tampar dia sebab malukan negara.
"Perbuatan dia syirik, khurafat...saya tak nak
layan," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan melalui sebuah
portal.
Baru-baru ini, KJ telah menyelar Ibrahim menerusi laman
mikro Twitter miliknya.
KJ dalam Tweetnya menggesa pihak berwajib untuk menangkap
dan menahan bomoh berkenaan.
Isnin lalu, Ibrahim muncul di tengah kesibukan Kuala Lumpur
International Airport (KLIA) dan melakukan ritual menggunakan bubu mata pancing
dan batang buluh.
Keesokan harinya Raja Bomoh berkenaan menggemparkan KLIA
sekali lagi dengan menjalankan ritual menggunakan tikar, bakul mengkuang dan
dua biji kelapa dalam misi mencari pesawat MH370 yang gagal dikesan sehingga
kini.
Menurut Ibrahim, apa yang dilakukannya berniat baik untuk
membantu kerajaan mengesan lokasi pesawat MH370.
Upacara ritual yang dijalankannya bersama dua lagi
pengikutnya itu mendapat kritikan meluas di media-media sosial selain dijadikan
parodi.
Sumber : http://www.sinarharian.com.my
0 comments:
Post a Comment