Sunday, March 16, 2014

MH370: ANGKARA SIAPA?

10:55 AM No Comments

Sah perubahan haluan MH370 disengajakan. Pencarian kini difokus di dua koridor. Loridor Utara dari sempadan Kazakhstan, Turkmenistan ke utara Thailand. Koridor selatan mengunjur dari Indonesia ke selatan Lautan Hindi

Sepang: Pasukan penyiasat memutuskan berdasarkan hubungan terakhir satelit dengan MH370, pesawat itu berkemungkinan berada di dua koridor iaitu utara dan selatan.

Koridor utara merentasi sempadan Kazakhstan, Turkmenistan sehingga ke selatan Thailand, manakala koridor selatan dari Indonesia sehingga ke selatan Lautan Hindi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata rumusan itu dibuat oleh Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan rakan antarabangsanya berdasarkan komunikasi terakhir antara satelit dengan MH370.

Bagaimanapun, ia masih diperhalusi oleh penyiasat.

Sumber : http://www.bharian.com.my


0 comments:

Post a Comment

Tiada Kepalsuan Copyright © 2013
Powered by Blogger