Assalamualaikum dan Salam sejahtera....
Antara amalan khurafat di Tanah suci makkah : -
Antara amalan khurafat di Tanah suci makkah : -
1. Mesti mencari tiang Jin di dalam Masjidil Haram. Peluk
kuat-kuat boleh memanjangkan umur.
2. Boleh mendapat toyol dengan bersembahyang sunat
sebanyak-banyaknya secara mengadap tiang tersebut untuk dibawa balik toyol itu
sebagai khadam.
3. Jin yang dibawa balik dari Mekah adalah Jin yang baik
kerana mereka adalah Islam.
4. Menampal duit syiling yang siap bergam di bawah pintu
Baitullah dan dibawa balik untuk dibuat ibu duit bagi tujuan melariskan
perniagaan, mendapat jodoh dan memurahkan rezeki.
5. Memungut anak-anak batu di Arafah untuk dibawa balik bagi
tujuan, jika dicampak di dalam perigi ikan, maka ikan akan menjadi banyak. Jika
ditabur di kebun tanaman, maka buah-buahan akan menjadi. Jika diletak di dalam
kedai, maka akan laris.
6. Mencuri tali-tali khemah di Padang Arafah dan Mina untuk
dijadikan tangkal bagi tujuan pelarisan untuk jualan dan memperbanyakkan
tangkapan ikan.
7. Membawa balik Tanah Arafah untuk upacara “Memijak Tanah”
buat pertama kali bayi untuk menghindarkannya dari sebarang penyakit dan gagah
berani.
8. Tidak boleh melihat cermin semasa di dalam Ihram. Jika
dilihat muka akan menjadi hodoh dan orang tidak suka melihatnya.
9. Menyapu-nyapu tiang masjid dan diusap ke muka untuk
menambah seri wajah.
10. Mengetuk-ngetuk pintu dan gelang kuncinya di kawasan
Saei sebagai simbolik kepada mengetuk pintu rezeki. Jika tidak membuatnya,
rezeki akan tertutup selama-lamanya.
11. Bersetubuh dengan isteri di dalam Masjid al-Haram boleh
mendapat anak yang mudah masuk syurga.
12. Orang yang mandul boleh segera mendapat anak jika
bersetubuh dengan suaminya di dalam Masjid dua kali dari arah pancur emas
sekali kerana kepercayaan pancur emas itu melambangkan kemaluan Nabi Adam dan
sekali lagi dari arah yang menghala ke Hajar Aswad kerana Hajar al-Aswad
melambangkan kemaluan Siti Hawa.
13. Kain ihram perlu dibawa balik dan diwasiatkan bila mati
nanti hendaklah dikafan dengan kain itu bagi menghindar diri dari siksa kubur.
14. Beli khusus kain putih yang hendak dijadikan kafan dan
basuh dahulu dengan air zam-zam di Mekah, disimpan dan diwasiatkan untuk
dijadikan kain kafan. Dengannya Munkar dan Nakir tidak berani memukul badan
yang dibalut dengan kain tersebut.
15. Kalau berlaku hujan, maka mandilah di bawah curahan air
dari pancur emas agar sembuh segala penyakit dan tidak akan terkena penyakit hawar.
16. Tiang-tiang masjid boleh dibeli untuk diwakafkan.
Sekiranya ada orang yang menawarkannya, maka jangan disoal banyak, beli sahaja
akan menjaminkan masuk syurga.
17. Mandi bertelanjang di telaga Ja’aranah boleh memikat
suami dan cepat mendapat jodoh bagi yang belum bersuami.
Dan berbagai-bagai khurafat lagi yang masih diamalkan oleh
masyarakat Islam Asia Tenggara.
Via pecinta sunnah
-muiz-
Posted by : kami sayang ulama (facebook)
0 comments:
Post a Comment