Thursday, May 5, 2011

2:17 AM No Comments


Juvana TV3




Drama bersiri Juvana telah menemui penonton pada 25hb April ni jam 9 malam di TV3. Para pelakon dalam Juvana ni ialah Bront Palarae, Izreen Azminda pelakon mak tiri Fasha dalam Samson Delaila), Zahiril Adzim, Irfan Roslan dan Beto Khusairy. Drama bersiri ni ada 13 episod, kalau ikut sinopsis, kisahnya tentang Daim Yahya seorang remaja yang telah dituduh membunuh ibu dan teman lelaki ibunya.
Sinopsis cerita: Daim telah dihantar ke sekolah pemulihan akhlak Wira Bakti iaitu sekolah badan bukan kerajaan semasa umurnya 17 tahun. Daim ditahan di situ hinggalah dia cukup umur kemudian dia akan dibicarakan di mahkamah. Dalam drama ni Raja lakonan Bront Palare akan menjadi watak  warden yang jahat, Raja tak memperdulikan Daim (Zahiril Adzim) yang dibuli oleh penghuni asrama yang jahat.
Macam menarik kan cerita Juvana ni, lagi lagi ada Bront dan Beto Khusairay heheh!! Daim kemudian mendapat sinar gembira apabila Cikgu Zakiah lakonan Izreen Azminda ( yang watak jahat dalam Samson Delaila tu ) Cikgu Zakiah ni jadi baik le dalam drama Juvana ni. Dia akan membantu Daim yang lemah dan selalu menjadi mangsa buli rakan rakan samseng yang ada di sekolah tu. Kesian Daim ye.
Drama ni ada nilai nilai moral, bagi Nuriz drama ni lain dari yang lain sebab  takde kisah cinta dan perebutan harta di dalam dunia korporat. Mesti penonton dah jemu dengan kisah cinta dan dunia korporat dan perebutan harta, wang juta juta yang selalu menjadi tema drama melayu…kali ni tengok le cerita yang banyak pengajaran pulak. 

Read more: http://nurizspace.com/2011/04/sinopsis-juvana-tv3.html#ixzz1LPNVyLcX


0 comments:

Post a Comment

Tiada Kepalsuan Copyright © 2013
Powered by Blogger