PARIS - PERANCIS. Pembantu juruterbang pesawat malang milik
Germanwings didakwa sengaja menjatuhkan pesawat tersebut di kawasan pergunungan
Alps selepas mengunci juruterbang di luar kokpit.
Bagaimanapun, tiada sebarang petanda insiden tersebut
sebahagian daripada kegiatan pengganas, menurut jurucakap rasmi Perancis yang
dipetik dari portal BBC.
Menurut pegawai penyiasatan Brice Robin, pembantu
juruterbang Andreas Lubitz, 28, sengaja menjunamkan pesawat tersebut sehingga
menyebabkan 150 orang terbunuh.
"Pembantu juruterbang tersebut berseorangan dalam
kokpit tersebut.
"Dia dengan sengaja enggan untuk membuka pintu kokpit
dan dengan sengaja menjunamkan pesawat tersebut,” katanya dalam sidang media.
Menurutnya, penumpang pesawat malang tersebut tidak
menyedari situasi tersebut sehingga saat akhir.
"Jeritan tidak kedengaran sehingga di saat akhir.
Kesemua enam anak kapal dan 144 penumpang mati serta-merta,” katanya lagi.
Motif pembantu juruterbang tersebut masih belum diketahui,
namun pegawai penyiasat menolak kaitan dengan aktiviti pengganas.
Sumber : http://www.sinarharian.com.my
0 comments:
Post a Comment