HAINAN - CHINA. Sebuah firma berjaya 'mencetak' kereta
menggunakan teknologi cetakan 3D dengan kos hanya USD 1,700 atau RM 6,300.
Menurut Dailymai.uk, model berkenaan yang dipamerkan Selasa
lalu, digerakkan oleh tenaga elektrik dan mampu mencapai kelajuan 40 km/j dalam
sebuah ujian.
Antara bahan yang digunakan adalah filamen Tyrant Gold,
bahan-bahan komposit yang kemudian digabungkan dengan komponen-komponen asas
sebuah kereta.
Kereta tersebut yang dinamakan 'Shuya' dicetak dalam masa
lima hari adalah hasil dari Sanya Si Hai 3D.
Sebelum ini, syarikat Local Motors 3D dari Amerika
mengumumkan kereta cetakan pertama mereka, Strati pada September lepas.
Sumber : http://www.sinarharian.com.my
0 comments:
Post a Comment