Friday, September 25, 2015

Peminat tinju rupanya...

11:23 AM No Comments

Selain melakar populariti sebagai bintang bola sepak, Wayne Rooney (gambar) turut dikenali sebagai penggemar sukan tinju dan kapten Red Devils itu mendedahkan bahawa dia dan beberapa rakan sepasukannya juga meminatinya.

Pengurus United, Louis va Gaal tidak perlu bimbang jika anak buahnya pergi menonton tinju bersama asalkan tidak menyertai perlawanan.

Rooney memberitahu bahawa dia dan rakan pemain seperti Ashley Young, Michael Carrick dan Victor Valdes gemar berehat di hotel pasukan sebelum perlawanan dan menonton perlawanan tinju di televisyen sekiranya berkesempatan.

Antara perlawanan paling diingati adalah pada November dua musim lalu, sebelum United seri 2-2 dengan Cardiff City.

Menurut Rooney, malam sebelum perlawanan itu adalah pertarungan pertama Carl Froch menentang George Groves dan ia pertarungan yang menarik perhatian seluruh pasukan Old Trafford.

“Kami menonton perlawanan pertama Carl Froch menentang George Groves, perlawanan menentang Cardiff diadakan di tempat lawan,” kata penyerang berkenaan.

“Kami berada di hotel dan menonton perlawanan di layar besar jadi semua orang dapat menontonnya.

“Ia berlaku ketika David Moyes menjadi pengurus, malah beliau juga meminati tinju.

“Sewaktu Froch jatuh separuh daripada kami melompat dan separuh lagi sudah kehabisan tenaga. Ia perlawanan hebat untuk disaksikan bersama pasukan.”

Minat Rooney terhadap tinju bermula sejak kecil lagi di mana dia akan menyertai sukan itu bersama bapa saudara dan sepupunya.

Dia juga bersahabat baik dengan peninju empat beradik dari Liverpool iaitu Paul, Stephen, Liam dan Callum Smith sejak kecil lagi.

Malah pemain berusia 29 tahun itu me­ngakui suka menonton pertarungan hebat di televisyen biarpun kadang kala tersengguk menunggu perlawanan dari seberang Lautan Atlantik berikutan perbezaan masa.

“Saya masih ingat perlawanan di antara Mike Tyson dan Lennox Lewis di Amerika Syarikat dan ia masih belum disiarkan sehingga jam tiga pagi,” katanya.

“Saya akan berjaga dengan bapa dan adik beradik untuk menonton perlawanan itu. Ia kena­ngan yang tidak mungkin anda lupakan.

“Kadang-kala kami pergi ke rumah sepupu untuk menontonnya dan mereka juga akan datang ke rumah kami.

“Sering juga saya cuba berjaga malam tetapi kemudiannya tertidur dan terlepas perlawanan itu.

“Tinju adalah darah daging saya dan sesuatu yang saya suka lakukan.”

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 25 September 2015 @ 6:36 AM



Read More...


Senarai Lagu Tema OST Drama Hello Mr Perfect (TV3) | Drama Hello Mr Perfect (TV3) 2015

11:04 AM No Comments

Novel Hello, Mr. Perfect karya Waniey Zakaria akan didaptasi ke sebuah drama untuk mengisi slot Akasia TV3. Teraju utama dilakonkan oleh Fattah Amin dan pelakon baru, Nur Ruhainies. Drama ini mendapat sentuhan arahan Nuad Hj Othman dibawah terbitan A Aida Production Sdn Bhd. Drama Hello, Mr. Perfect bersiaran mulai 30 September 2015, pada setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7 malam di TV3.

Senarai OST Hello Mr Perfect 


Lagu: Sorry Sorry Sayangku
Penyanyi: Nomad
Ciptaan/Lirik: A.Aida

Read More...


#TravellingBeruang: Apa Ungku Ismail dapat?

10:47 AM No Comments

KEMPEN #TravellingBeruang nyata memberi impak besar dalam hidup pelakon yang terkenal, Ungku Ismail Aziz.

Daripada sekadar mengkaji wataknya untuk sebuah telefilem, Ungku Ismail akhirnya tergerak untuk menjalankan kempen kesedaran terhadap penyakit kanser daripada Instagram.

Bak kata orang sambil menyelam minum air apabila dalam memenuhi keperluan penggambaran bagi telefilem tersebut, Ungku Ismail turut menjelajah keenam buah negara bagi menyebarkan makna kempen #TravellingBeruang.

"Setiap negara ada maksudnya tersendiri. Saya tak boleh nak simpulkan semua sekali. Saya dapat lihat adat dan budaya mereka, cara mereka hidup, rupa paras mereka. Setiap negara memberi saya satu pandangan yang lain terhadap dunia.

"Walaupun kita hanya pergi negara jiran sahaja tapi itu sudah cukup untuk kita kenal lebih. Sambil-sambil saya buat kerja, itu yang saya dapat. Perkara ini sangat penting," katanya kepada Sinar Online.

Ungku Ismail bersama kru penggambaran telah menjelajah ke Australia, Kemboja, Vietnam, Indonesia, Jepun dan China.

Menurutnya, pengembaraan berharga itu mengajarnya untuk lebih berdiam dan tenang.

"Pengalaman ini beri saya lebih sifat berdiam diri. Sebab bila saya pergi mana-mana, saya nampak banyak benda yang menakjubkan seolah-olah ia tidak akan habis.

"Orang selalu cakap macam pandai tapi dia tak tengok lagi negara orang di luar sana. Pada saya, orang yang benar-benar bijak ialah orang yang tak cakap apa-apa pun.

"Orang tak bijak itu yang bila baru dapat tahu suatu perkara sahaja, terus cerita dengan orang lain," katanya.

Malah katanya, perjalanan dia bersama kru-kru telefilem dan kru kempen tersebut bukan sekadar berjalan sebaliknya setiap langkah mereka itu membawa makna.

"Perjalanan ini mengajar saya untuk kurangkan bercakap, menilai lebih...belajar lebih. Hikmah dan nikmat setiap tempat itu lain-lain. Saya cuba belajar lebih dengan setiap perjalanan saya.

"Perjalanan saya itu bukan sekadar berjalan...pengalaman yang saya dapat daripada negara-negara orang, cerita mereka, kejayaan mereka, apa buat negara mereka maju dan apa yang buat negara mereka tidak maju. Itu semua saya ambil, saya kumpul.

"Saya kini seorang yang lebih 'relax' dan lebih hadam bahawa bijak itu apabila kita diam," katanya yang memulakan kempen itu sekadar cuba-cuba yang akhirnya mendapat sambutan luar biasa.

Read More...


Jemaah tak ikut arahan punca tragedi?

10:44 AM 1 comments

MINA - Menteri Kesihatan Arab Saudi, Khaled Al-Falih dalam satu kenyataan menyalahkan jemaah haji yang tidak berdisiplin sebagai punca insiden rempuhan yang sehingga kini mengorbankan 717 orang.

Menurutnya, tragedi malang itu tidak akan berlaku sekiranya jemaah mengikuti arahan yang telah ditetapkan.

 "Banyak jemaah bergerak tanpa menghormati jadual waktu yang ditetapkan oleh pihak berkuasa. Ini adalah punca utama tragedi rempuhan itu.

"Jika mereka mengikuti arahan, kemalangan sebegini dapat dielakkan," katanya.

Sementara itu, Ketua Rombongan Jemaah Haji Iran, Saeed Ohadi dipetik AFP pula menyalahkan pengurusan Arab Saudi yang bertindak menutup banyak laluan di Mina sehingga memaksa ratusan ribu jemaah terpaksa mengikuti satu laluan yang sama secara serentak.

Ohadi berkata, penutupan laluan menyebabkan tinggal hanya tiga laluan ke kawasan melontar.

"Kejadian hari ini menunjukkan salah urus dan kurangnya perhatian yang serius terhadap keselamatan jemaah. Tidak ada penjelasan lain. Pihak berkuasa Arab Saudi harus bertanggungjawab," katanya.

Jemaah Iran antara yang paling ramai terkorban dalam tragedi rempuhan itu dan sehingga kini, seramai 43 jemaah Iran dilaporkan maut, manakala 60 lagi cedera.

Read More...


Kematian meningkat rempuhan manusia di Mina

10:41 AM No Comments

MINA - ARAB SAUDI . Angka kematian dalam insiden rempuhan manusia ketika mengerjakan haji tahun ini telah meningkat kepada 220 orang.

Manakala, jumlah umat Islam yang cedera di  Mina adalah 450 orang.

Buat masa ini, belum ada maklumat rasmi jika ada warga Malaysia yang terlibat dalam rempuhan tersebut.

Jabatan Pertahanan Awam Saudi berkata, lebih 4000 anggota keselamatan diarahkan ke lokasi kejadian bagi membantu jemaah haji yang terbabit dalam rempuhan itu.

Kejadian itu berlaku di Street 204 di pusat perkhemahan Mina, beberapa kilometer ke timur Makkah, di mana jemaah lazimnya menginap beberapa hari sebelum cara kemuncak musim haji bermula.

Lebih kurang dua juta orang kini mengerjakan ibadah haji di Arab Saudi.

Read More...


Imam meninggal dunia ketika tahiyat akhir

10:39 AM No Comments

SHAH ALAM - Seorang Imam dari Masjid Kampung Temeris, di Kuala Pilah Negeri Sembilan meninggal dunia ketika tahiyat akhir solat Sunat Aidiladha pagi tadi.

A. Karim Ismail, 66, yang mengimamkan solat sunat tersebut dikatakan batuk sebelum rebah pada tahiyat akhir solat itu.

Kejadian  berlaku kira-kira jam 8:30 pagi tadi.

Memetik laporan sebuah stesen televisyen tempatan, anak lelaki imam tersebut yang dikenali sebagai Amran berkata, beberapa jemaah membantu mengangkat bapanya yang sudah tidak sedarkan diri dan kemudian membawanya ke hospital Tuanku Ampuan Najihah untuk pemeriksaan lanjut.

"Bagaimanapun doktor yang merawat ayah mengesahkan bahawa ayah sudah meninggal dunia," katanya.

Read More...


Aidil Adha di KL

10:08 AM No Comments

Assalmualaikum semua, sedap makan ketupat ? untunglah. Tahun ni sekali lagi ber aidil adha di KL, 'aku sudah biasa', nak buat macam sebab kerja kan.

Kepada korang semua berbahagialah di kampung ingatlah kawan-kawan di KL, yang tak balik raya nie. 

Apa pon, saya nak ucapkan selamat hari raya Aidil adha buat semua umat islam di seluruh dunia. Makan danging tu jangan banyak sangat ! nanti masuk wad :) . Semoga berjumpa lagi . Assalamualaikum.  
Read More...


Tuesday, September 22, 2015

Video nenek cuba cium remaja gemparkan China

4:31 PM No Comments

SHANGHAI. CHINA. Satu rakaman dari video kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan pergelutan antara wanita separuh umur cuba mencium remaja lelaki tersebar di China.

Seperti yang dipetik menerusi portal Shanghaiist.com, rakaman yang diambil dari sebuah lif di sebuah bangunan itu mengejutkan masyarakat.

Rakaman video selama enam saat itu menunjukkan wanita tersebut seolah-olah mengalami momen jatuh cinta pandang pertama terhadap remaja lelaki yang berada di dalam lif bersamanya sebelum mula mendekati remaja tersebut dan menciumnya.

Remaja itu yang jelas terkejut dengan perlakuan wanita tersebut cuba mengelak pada mulanya.

Remaja tersebut tidak sempat berbuat apa-apa untuk mengelak dan wanita itu berjaya mencium bibir remaja tersebut untuk percubaan pertamanya.

Bagaimanapun, remaja tersebut pantas menolak nenek tersebut sebaik sahaja dihampiri buat kali kedua.

Read More...


Monday, September 14, 2015

AZMIL - Nyawaku ( LIVE Acoustic 2015 ) | Lirik Lagu Nyawaku

8:59 PM No Comments


Azmil - Nyawaku : Lirik Lagu 

Jangan kau tanya dalamnya cinta
Kerna kau sudah pun tahu
Dalam selautan biru sungguh

Usah kau sangsi siapa di hati
Kerna kau sudah pun tahu
Kamu lebih dari nyawaku

Aku cinta semua tentang kamu
Dan semua kekuranganmu
Kerna kau adalah kamu
Kau nyawaku

Usah kau sangsi siapa di hati
Kerna kau sudah pun tahu
Kamu lebih dari nyawaku

Aku cinta semua tentang kamu
Dan semua kekuranganmu
Kerna kau adalah kamu
Kau nyawaku

Aku sungguh mencintaimu
Tulus dengan sepenuh hatiku
Aku cinta semua tentang kamu
Dan semua kekuranganmu
Kerna kau adalah kamu
Kau nyawaku
Kau nyawaku


Read More...


Air mani gajah ‎buat 'penunduk'

8:42 PM 1 comments

MAHU kelihatan beraura dan dipuja lebih ramai wanita, segelintir golongan lelaki di negara ini dikesan mengamalkan pemakaian cincin batu permata air mani gajah sebagai ilmu pengasih.

Cara untuk mendapatkan lebih keberkesanan, batu yang diikat pada cincin itu dikatakan perlu direndam ke dalam air zamzam terlebih dahulu dan dibacakan selawat serta diniatkan tujuan dikasihi, disayangi dan dicintai, lalu dipakaikan ke jari manis pada sebelah tangan kanan.

Cincin itu dibenarkan dibawa masuk ke tandas tetapi tidak boleh dipakai pada jari di tangan kiri yang digunakan untuk beristinjak.

Cerita yang diperoleh daripada seorang penjual batu permata dan ubatan tradisional di sebuah pasar di sini, menimbulkan pelbagai persoalan, terutama tentang hukum si pemakai dan tujuan mereka memakainya.

Adakah ia khurafat untuk mempercayainya, apatah lagi mengamalkannya sehingga mengenakan pada anggota badan umat Islam.

Ganggu akidah

Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad menjelaskan, memberi nilai tambah kepada sesuatu batu yang disebut air mani gajah sebagai batu yang mampu membuatkan seseorang itu dicintai, dikasihi atau perniagaan menjadi semakin laris serta sebagainya, sebenarnya akan mengganggu akidah.

“Air mani itu sendiri tidak najis tetapi berbalik kepada tujuan si pemakai cincin air mani gajah tersebut.

"Kita dibenarkan memakai perhiasan seperti cincin dan dibolehkan bagi tujuan itu, namun bukan pula untuk tujuan pengasih mahupun pelaris.

“Sama juga kalau memakai cincin delima atau zamrud yang ada pelaris, ia tidak berapa sesuai dengan kehendak agama dan sudah lari daripada ajaran Islam sebenar, malah tidak tepat serta boleh mengelirukan serta menyeleweng,” katanya.

Seperti penulis, beliau turut membayangkan keberanian pencari air mani gajah yang masuk ke dalam hutan belantara dan bertembung dengan sepasang gajah yang sedang kemaruk bercinta.

Sedang dia menunggu untuk mengambil benih binatang besar tersebut, berkemungkinan orang itu menemui ajalnya di situ apabila digulingkan binatang liar tersebut sebelum sempat membawa air mani tersebut pulang.

“Gajah cukup sensitif, kalau duk menunggu pada masa tu, rasanya ‘dighembah’ (dibelasah) gajah.

"Saya tidak nampak dengan jelas, kalaulah mereka dapat sekalipun, banyak mana sangat sampai boleh dijual.

“Macam besi dibuat keris, ada kegunaannya, air boleh jirus pokok tetapi tidaklah sampai boleh melariskan. Jual laris apabila masakan itu sedap. Ini tidak, kita bimbang, takut berkemungkinan ada unsur penipuan,” katanya.

Harga cecah RM2,000 untuk sebentuk cincin

Air mani gajah boleh didapati di pasaran dan dijual secara terbuka dalam bentuk ketulan pelbagai saiz dengan harga serendah RM60.

Air mani yang mengeras seperti batu itu akan dibawa ke kedai cincin untuk dicanai kepada bahagian yang lebih kecil dan diikat kepada cincin mengikut cita rasa pelanggan.

Pada peringkat ini, harganya akan menjadi lebih mahal, boleh mencapai sehingga RM2,000 bagi sebentuk cincin.

Mohamad Shukri berkata, umat Islam perlu berwaspada, jangan sampai terperangkap dalam unsur penipuan. Jika terbukti menipu, pihak berkuasa perlu bertindak, namun sejauh mana mereka boleh mengambil tindakan.

"Masyarakat sendiri yang perlu menilai perkara itu, ditambah dengan perkembangan pada zaman moden dan pemikiran serba maju, seharusnya menilai sesuatu biar ada kemunasabahannya," katanya.

Beliau turut menasihatkan umat Islam berhati-hati pada kepercayaan yang khurafat, buat penilaian secara rasional supaya tidak mudah terperangkap dengan penipuan.

"Kalau kita fikir air mani gajah boleh kuatkan seks, mungkin ada kebenaran dengan merujuk kekuatan gajah. Ini tidak, dari segi saintifik, daripada mani gajah, wanita boleh terpikat, macam mana?”, katanya.

Paling laris sejak 1990

Seorang pencanai permata, Mohd Rafizi Hassan, 30, berkata, enam tahun menyambung perniagaan milik mertua di kawasan tempat letak kereta, bangunan Jalan Putera Semerak, di sini, batu permata daripada air mani gajah adalah yang paling laris sejak 1990 hingga kini.

“Pada mula-mula diperkenalkan, batu ini sangat popular dalam kalangan peminat cincin permata dan mampu jual sehingga 20 hingga 30 bentuk sehari. Saya hanya menjual kepada pelanggan dan tidak mengambil pusing sama ada ia tulen atau tidak.

“Kebanyakan pelanggan yang datang lebih arif dan berpengetahuan tentang ketulenan batu air mani gajah yang dimahukan. Mereka datang daripada seluruh negeri termasuk Terengganu, Johor, Kuala Lumpur dan Kedah.

“Tidak kurang juga yang datang dari Singapura dan Indonesia serta negara jiran, Thailand untuk mendapatkan batu yang tulen daripada air mani binatang tersebut,” katanya.

Katanya, batu air mani gajah memiliki kelas-kelasnya tersendiri dan nilainya akan semakin tinggi jika terdapat jalur-jalur dikatakan darah pada warna batu kekuningan serta warna lebih pekat.

Seorang peminat cincin, Husni Wadi Hussin, 36, pula berkata, dia memakai cincin air mani gajah sekadar perhiasan, tetapi mengakui ramai rakannya menegur dia memiliki aura tersendiri dan mempunyai ramai kenalan.

“Saya dapat batu ini hadiah daripada bapa seorang rakan dan pernah ditawarkan RM600 oleh seorang kawan, tetapi saya tidak berniat untuk menjualnya kerana sayang batu ini, sebab ia pemberian daripada seseorang,” katanya.

Sementara itu, seorang peniaga tudung lelaki berusia 38 tahun pula mengakui menyimpan batu air mani gajah untuk tujuan melariskan perniagaannya yang diusahakan sejak enam tahun lalu.

“Ikut kata orang, ia pelaris, tetapi semua dengan izin ALLAH SWT. Kalau malas, asyik tidur, buat kerja apa pun tidak jadi, niaga pun tidak laku juga,” katanya.

Read More...


Friday, September 11, 2015

Cuai: Doktor diarah bayar ganti rugi RM312,500

4:26 PM No Comments

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini memerintahkan seorang doktor hospital swasta membayar ganti rugi berjumlah RM312,500 kepada seorang wanita berhubung saman yang dikemukakan akibat kecuaian perubatan.
    
Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab membuat keputusan itu selepas membenarkan tuntutan saman yang difailkan V. Prabakhari, 46, seorang pekerja Tenaga Nasional Berhad terhadap pakar perunding anestiologi, Dr Nazri Bhupalan selaku defendan pertama dalam kes saman berkenaan.
    
Mohd Zaki dalam penghakiman ringkasnya berkata, Prabakhari selaku plaintif berjaya membuktikan defendan pertama (Dr Nazri) mempunyai "duty of care" terhadap plaintif ketika memberi anestetik (bius) kepada wanita itu.
    
Bagaimanapun, Mohd Zaki berkata defendan pertama telah melanggar "duty of care" berkenaan kerana gagal memberi penerangan bermaklumat sebelum mendapatkan persetujuan daripada Prabakhari ketika proses bius dilakukan.
    
"Akibat pelanggaran 'duty of care' itu, plaintif mengalami kecederaan dan kesakitan," kata Mohd Zaki.
    
Mahkamah memerintahkan Dr Nazri membayar RM300,000 kepada Prabakhari sebagai ganti rugi am, kehilangan kemudahan hidup, tekanan mental, kesakitan dan penderitaan yang dialami.
    
Mahkamah turut memerintahkan Dr Nazri membayar ganti rugi khas berjumlah RM12,500 kepada plaintif dan mengarahkan doktor itu membayar kos sebanyak RM100,000 kepada plaintif.
    
Sementara itu, mahkamah menolak tuntutan saman Prabakhari terhadap Pantai Medical Centre Sdn Bhd, yang dinamakan sebagai defendan kedua dalam saman berkenaan selepas mendapati ia tidak mendatangkan kecuaian kepada plaintif.
    
Pada 13 Jun tahun lepas, Prabakhari memfailkan saman terhadap Dr Nazri dan Pantai Medical Centre selepas mendakwa Dr Nazri telah cuai dalam menjalankan tugas ketika memberi anestetik kepadanya sebelum pembedahan dijalankan.
    
Dalam pernyataan tuntutan itu, Prabakhari berkata, beliau yang mengalami bengkak pada kaki kanan sekitar September 2011 telah mendapatkan rawatan di hospital berkenaan dan disaran untuk menjalani pembedahan pada kakinya itu.
    
Prabakhari mendakwa pada 21 November 2011, Dr Nazri telah merosakkan esofagusnya (saluran makanan) ketika melakukan proses memasukkan tiub sebelum beliau menjalani pembedahan.

Akibat perbuatan itu, Prabakhari mendakwa beliau mengalami kesakitan pada bahagian belakang dan mudah terdedah kepada jangkitan paru-paru. - Bernama

Read More...


Senarai Lagu Tema OST Drama Memori Cinta Suraya Astro Bella & Astro Mustika HD | Drama Memori Cinta Suraya (Astro Bella & Astro Mustika HD) 2015

4:17 PM No Comments

Astro akan menyiarkan sebuah drama yang diadaptasi dari telenovela Mexico berjudul 'A Love To Remember'. Drama nafas baru itu diberi tajuk 'Memori Cinta Suraya' menampilkan gandingan pelakon Hisyam Hamid dan Anzalna Nasir sebagai peneraju utama. Drama berdurasi 148 episod ini diarahkan oleh Feroz Kader dibawah terbitan Global Station Sdn Bhd kerjasama bersama Astro dan Azteca. Selain Malaysia, drama ini juga akan dipasarkan ke luar negara. Drama Memori Cinta Suraya bersiaran pada setiap hari Isnin hingga Jumaat pada pukul 6.30 petang di Astro Bella & Astro Mustika HD.

*Senarai OST akan di Update 


Read More...


Senarai Lagu Tema OST Drama Lari Mira (TV3) | Lari Mira (TV3) 2015

4:10 PM No Comments

Drama terbaru arahan Feroz Kader berjudul Lari Mira akan menemui penonton di slot Lestary TV3. Menampilkan gandingan pelakon kelahiran Brunei, Nina Iskandar bersama pelakon dari Indonesia iaitu Erlando Saputra dan juga Nazrief Nazri dari Malaysia. Cerita ini berdasarkan kisah benar daripada kejadian tsunami di Acheh pada tahun 2004 lalu. Mengisahkan tentang kehidupan Mira selepas bencana tsunami di Banda Acheh. Bersiaran mulai 9 September 2015, setiap hari Rabu dan Khamis jam 9 malam bermula 9 September 2015 di slot Lestary TV3.

*Senarai OST akan di Update 

Read More...


Thursday, September 10, 2015

Senarai Lagu Tema OST Drama Abang Sado Jemur Kain TV3 | Abang Sado Jemur Kain (TV3) 2015

4:40 PM No Comments

Drama baru akan menghiasi slot Iris TV3 dengan tajuknya 'Abang Sado Jemur Kain'. Tajuk asal sebelum ini 'Abang Samseng Jemur Kain'. Menampilkan lakonan Shah Jaszle, Janna Nick, Azlan Mokhtar dan Cat Farish. Turut dibintangi abang-abang sado seperti Idris Khan, Ammar Alfian, dan Afzan Rahman. Nantikan tayangannya akan datang di TV3.

*Senarai OST akan di update

Read More...


Ribut pasir landa Asia Barat

4:25 PM No Comments

Jeddah: Ribut pasir yang melanda sebahagian besar Asia Barat menyebabkan bandar raya ini gelap sama sekali pada jam 6 petang kelmarin.

Kejadian berlarutan selama 40 minit sehingga menyebabkan beberapa penerbangan terpaksa ditangguh.

“Pesawat yang tiba terpaksa dialih ke lapangan terbang berhampiran sementara penerbangan yang hendak berlepas ditunda,” kata pegawai kanan di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz di Jeddah.

Menurutnya, tujuh penerbangan yang tiba dialihkan ke Madinah, Yanbu dan Taif.

“Ribut itu berlaku tiba-tiba. Saya dapat melihat dari balkoni kediaman saya ribut pasir itu seperti cendawan besar Saya menyangka ia asap.

“Saya tidak pernah melihat ribut pasir seburuk ini sepanjang hidup saya,” kata Sayia Haneef, penduduk di daerah Al-Sulaimaniya.

Ribut pasir itu sebelum ini melanda beberapa negara Asia Barat hingga menyebabkan dua orang terbunuh di Lubnan dan ratusan lagi berdepan masalah pernafasan.

Di Syria, kejadian itu menyebabkan jet pegebom dan helikopter kerajaan menangguhkan serangan terhadap kedudukan kumpulan penentang.

Antara paling teruk terjejas ialah pelarian Syria, khususnya di Lubnan.

Kementerian Kesihatan Lubnan berkata, dua wanita mati di hospital di Lembah Bekaa, kesan daripada ribut itu, tanpa menyatakan kerakyatan mereka.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 10 September 2015 @ 7:22 AM



Read More...


Liga Super 2016 | Pasukan Bola sepak yang Layak ke Liga Super 2016 | Carta Liga Super 2016

4:19 PM No Comments

Assalamualaikum semua, tak sabar nak tunggu Liga Super 2016, sebab pasukan kedah dapat masuk semula ke Liga Super 2016 ! Pulun kedah pulun ! Berikut adalah pasukan lain yang akan berentap untuk liga super 2016. Info dari  http://ligasuper.sokernet.com


Read More...


PR 2.0: PKR buka pintu kepada sesiapa sahaja

4:04 PM No Comments

PUTRAJAYA – PR akan sentiasa membuka pintu terhadap mana-mana parti yang mempunyai matlamat perjuangan yang sama.

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, pintu PR bukan hanya terhad kepada Parti Pekerja Malaysia sahaja, malah ia turut dibuka kepada Pas sekiranya parti tersebut masih mengekalkan objektif perjuangan yang sama.

“Penting untuk kita benar-benar faham bahawa perjuangan kita adalah untuk menundukkan rejim lawan.

“Perjuangan ini perlu bersifat lebih inklusif dan menampilkan wadah perjuangan baharu seperti Parti Pekerja  menangani rejim tersebut,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Nurul Izzah ditemui di Kementerian Kesihatan selepas mengadakan pertemuan dengan Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah bersama Ibu dan adiknya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Nurul Nuha Anwar.

Pertemuan tersebut yang bertujuan untuk membincangkan status kesihatan dan kaedah rawatan Anwar turut dihadiri peguam mereka, Latheefa Koya dan N. Surendran.

Nurul Izzah bagaimanapun berkata, Pas tidak pernah ‘dipinggirkan’ dari pembentukan PR baharu itu.

“Pakatan Rakyat terdahulu berjaya kerana gabungan tersebut telah mendapat 52 peratus sokongan rakyat. Jika kita mahu mengambil kira kemarahan dan ketidakpuasan hati, pasti sukar untuk kita mendepani dan menguruskan cabaran berbeza.

“Selagi mereka komited kepada agenda pembaharuan, dan mengutamakan perubahan sistem sebagai salah satu agenda perjuangan, kita akan mengalu-alukan pihak tersebut,” katanya lagi.


Read More...


babab.net mampu naikkan trafik blog anda | babab.net

1:50 PM No Comments


Assalamualaikum semua, Pernah dengar babat.net ? babat.net merupakan platform untuk para blogger ping entri secara automatik. Babab.net mampu menaikkan trafik anda dengan cepat, tambahan pula entri blog anda menarik untuk di baca. 

Saya mengesyorkan  semua para blogger perlu meletakan banner auto ping babab.net dalam blog masing-masing. Selamat mencuba ! Terima kasih babat.net 

Untuk dapatkan banner babab.net sila KLIK SINI
Read More...


Dr M tak kisah kena panggil polis‎

1:37 PM No Comments

SUBANG - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sedia disiasat sekiranya dipanggil polis ekoran kehadirannya di Himpunan Bersih 4.0 pada 29 dan 30 Ogos lalu.

"Itu hak mereka nak panggil. Nak buat (panggil siasat) buat la, itu mereka punya kerja. Saya tidak kisah," katanya sebaik tiba di Terminal Sky Park, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, hari ini selepas pulang dari Republik Chezh, disambut puluhan penyokongnya di luar perkarangan lapangan terbang itu.

Mereka turut melaungkan kata-kata sokongan terhadap Dr Mahathir selain menyanyikan lagu bertajuk ‘We are Malaysia' yang digubah daripada lagu  Michael Jackson.

Dr Mahathir juga bersedia bekerjasama sekiranya dipanggil bagi membantu siasatan.

Ditanya sama ada Dr Mahathir sudah menerima notis mengenai siasatan, beliau berkata, "Saya hanya membaca surat khabar, sudah tentu saya akan pergi jika dipanggil polis. Itu cara di negara ini. Bila polis nak siasat kita kenalah patuh".

Read More...


Ratah milo

1:24 PM No Comments

Assalamulaikum semua, sedapnya ratah milo, kalau dulu-dulu mesti kena marah dengan mak. Sekarang kalau nak ratah milo senang ja, beli jer milo bites rasa seperti ratah milo masa zaman kecik-kecik, tak pon pergi ja kedai beli milo dinosour. Milo ni rasa memang sedap rasanya sampai ramai orang gian nak makan macam tu jer.



Saya percaya ramai yang diantara kita suka ratah milo secara senyap-senyap ataupun terang-terangan. Kalau adik-adik  yang nak ratah milo tu , jangan sampai kantoi ! erkk? 

Read More...


Terus menduda lebih baik!

1:13 PM No Comments

DI gelanggang WWE,  seorang penggusti setengah mati dibelasah lawannya. Dia menjerit melolong minta tolong. Kemudian datang seseorang yang diketahui adalah sekutu rapatnya. Anehnya, penggusti yang baru datang itu bukan membantu sebaliknya turut sama membelasah ‘rakannya’ itu. Suasana menjadi gamat susulan adegan yang tidak terduga oleh sesiapa. Adrenalin merembes deras dalam tubuh setiap orang yang berada di dalam arena.

Itulah suasana yang dahulu dianggap luar biasa tetapi sekarang sudah jadi kebiasaan di gelanggang gusti pada era WWE.

Tidak ada kawan yang kekal, tidak ada lawan yang kekal. Apa yang akan sentiasa kekal ialah kepentingan. Seperti ahli gusti, ahli politik juga harus berpegang pada kenyataan ini!

Azmin Ali kelmarin dengan penuh yakin menegaskan bahawa PKR tetap mahu menjalin kerjasama dengan Pas – kenyataan yang pasti menggetarkan gegendang telinga Mat Sabu, juga Lim Guan Eng.

“Ini bukan pendirian peribadi saya, tetapi pendirian parti (PKR) mengikut apa yang diputuskan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim,” kata Azmin di Kuala Selangor, tengah hari kelmarin.

“Kita sudah pun berbincang mengenai perkara ini termasuk mengambil kira pandangan dan maklum balas yang diterima (Anwar sebagai) ketua umum,” ujarnya lagi.

Kopi

Azmin bukan budak kopi – seperti Saiful Bukhari - dalam PKR. Beliau timbalan presiden parti. Lebih daripada itu, kedudukan sebagai Menteri Besar Selangor meletakkannya pada posisi yang sangat berpengaruh, lebih berpengaruh daripada Wan Azizah sendiri. Kata-katanya boleh diterima sebagai suara rasmi parti.

Petang kelmarin juga,  Mat Sabu dilaporkan telah menemui Wan Azizah - mungkin untuk mendapatkan penjelasan Kak Wan mengenai kenyataan timbalannya itu. Siapa yang tidak bergundah gulana jika ketika masih berbulan madu, suami sudah menyebut mahu berkahwin lagi. Itulah yang seharusnya dirasai oleh Abang Mat.

Sebenarnya, apa yang dikatakan oleh Azmin sekadar respons terhadap kenyataan Guan Eng bahawa partinya tidak akan berbaik semula dengan Pas dalam masa yang terdekat.

Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hassan ketika diminta mengulas kemahuan PKR untuk terus bekerjasama dengan parti itu, tidak menyatakan kesimpulan secara tuntas.  “Pas perlu belajar daripada pengalaman,” katanya, membayangkan parti itu selepas ini akan lebih berhati-hati dalam membuat keputusan untuk membentuk atau menyertai sebarang pakatan politik.

Bagaimanapun seperti kenyataan yang dibuat oleh bosnya, Abdul Hadi Awang di Kuala Terengganu pada hari yang sama – kelmarin – Pas dibayangkan sebagai tidak kisah jika perlu bergerak sendirian.

“Pas ada kekuatan yang tersendiri,” kata Abdul Hadi ketika ditanya oleh pemberita, dan itulah juga kata-kata Takiyuddin ketika dihubungi wartawan Sinar Harian dari Shah Alam.

Apa yang disebut oleh kedua-dua pemimpin Pas itu bukan cakap kosong. Tahun ini, usia Pas sudah masuk 64 tahun. Dalam tempoh itu, parti tersebut sudah melalui bermacam-macam pengalaman. Seperti yang disebut oleh Abdul Hadi, Pas pernah bekerjasama dengan parti komunis sebelum merdeka, dengan sosialis, dengan Perikatan dan kemudian BN, selepas itu bergerak sendiri semula sebelum bersama dengan Gagasan Rakyat (1990) dan Pakatan Rakyat bermula PRU12.

Maka, Pas memangnya tidak kisah untuk terus menduda selagi tidak bertemu dengan pasangan yang benar-benar sehati sejiwa.

Apa yang menjadi teras kekuatan Pas untuk bergerak sendiri ialah parti itu lebih mengutamakan perjuangan agama dan dakwah menerusi politik, bukan meletakkan kemenangan atau kerusi pilihan raya sebagai target wahid. Sebab itu dalam sejarahnya, Pas pada 1982 dan 1986 hingga 1990 pernah memenangi hanya satu kerusi Parlimen iaitu di Pengkalan Chepa, Kelantan menerusi Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Nik Abdullah Arshad.

Hanya dalam beberapa dekad kebelakangan, setelah bergabung dengan kem Anwar bermula era reformasi dan berpeluang merasa empuknya kerusi wakil rakyat, sebilangan pemimpin dan ahli Pas mula kabur akan matlamat asal mereka.

Slogan ‘Menuju Putrajaya’ sudah menusuk dan merasuk minda. Pelbagai alasan dicungkil, dirungkas dan digembar-gemburkan untuk membenarkan bahawa perjuangan Islam harus bersifat kontemporari, realistik dan berpijak di bumi nyata, bukan siang malam menelaah kitab-kitab lama mencari keredaan ALLAH semata-mata.

Kini, kumpulan itu yang dinyahkan daripada kepimpinan Pas pada pemilihan lalu, kemudian menyahkan diri mereka sendiri dari parti itu, ghairah memposisikan diri sebagai ahli politik Islam yang progresif, yang sedia mengambil alih tempat tok-tok lebai konservatif, bernaung di bawah label sementara – Parti Pekerja Malaysia – untuk mengisi ruang yang ditinggalkan Pas dalam pakatan pembangkang yang baharu.

Selain pendirian parti – yang patuh pada keputusan Anwar sebagaimana yang disebutnya – Azmin juga mempunyai sebab yang tersendiri untuk mempertahankan Pas. Ketika kemuncak krisis politik Selangor setelah pencalonan Wan Azizah sebagai menteri besar ditolak secara tersirat oleh istana, Pas yang menyokong kuat pelantikan beliau kerana pada masa itu, partinya sendiri (baca: Anwar) lebih berkehendakkan Wan Azizah, demikian juga DAP.

Meskipun Pas sebelum itu bersungguh-sungguh mempertahankan Khalid Ibrahim, namun sebagai orang agama, parti itu harus lebih cenderung menyokong lelaki sebagai ketua berbanding wanita. Dengan pilihan yang ada, Azminlah orangnya walaupun Pas sebenarnya boleh juga menampilkan calon sendiri.

Haram

Menariknya di sebalik kenyataan Azmin kelmarin, apa mungkin satu senario politik yang pernah berlaku pada musim 1990-1995 akan berulang?

Perpecahan Umno pasca pemilihan 1987  telah melahirkan Semangat 46. Untuk berhadapan dengan BN pada pilihan raya 1990 – setelah Umno dihalalkan semula selepas diharamkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Feb 1988 – Semangat 46 yang diketuai Ku Li
bergabung dengan Pas dan parti-parti Islam yang lain iaitu Berjasa, Hamim (Hizbul Muslimin) dan Kimma (Kongres India Muslim Malaysia) dalam Angkatan Perpaduan Ummah (APU).

Oleh sebab Pas – yang ketika itu diketuai oleh Fadzil Noor – enggan sebumbung dengan DAP, Semangat 46 terpaksa membina khemah baharu untuk duduk bersama parti-parti bukan Islam atau yang tidak berteraskan Islam iaitu DAP, PBS (Parti Bersatu Sabah), PRM (Parti Rakyat Malaysia - sosialis) dan IPF (Indian Progressive Front) untuk mendapat sokongan bukan Melayu/ bukan Islam.

Pas pada masa itu mungkin sudah mengesan masalah jika DAP diterima untuk sebumbung kerana dasar yang bertentangan (Langkah mayat saya dahulu jika mahu tubuh negara Islam: Karpal Singh) akan sentiasa mengganggu kerjasama politik yang diusahakan untuk menumbangkan BN.

Duduk sebumbung, DAP yang agresif dan bernafsu besar seakan tidak ada pembatas untuk mencampuri urusan dalaman Pas  bagi memastikan parti itu menerima perjuangannya ataupun sekurang-kurangnya mempunyai pengaruh di dalam badan Pas sendiri untuk bersetuju dengannya. Itulah yang didakwa oleh pemimpin Pas bahawa DAP ada ‘cai’ yang tersendiri pada pemilihan parti itu yang lalu.

Meskipun dalam politik ‘tidak ada kawan yang kekal, tidak ada lawan yang kekal, yang ada hanya kepentingan yang kekal’ dan politik adalah seni serba mungkin (the art of possible) atau tidak ada yang mustahil dalam politik, bergabung semula dengan DAP adalah sesuatu yang tidak mungkin kita akan dapat lihat dalam masa yang terdekat.

Kata-kata Takiyuddin - “Pas perlu belajar daripada pengalaman, terutama sewaktu bersama PR” – boleh dianggap manifestasi kekesalan yang sekali gus menunjukkan, untuk mengatur lagi kerjasama seumpama itu, Pas perlu lebih, lebih dan lebih berhati-hati.

Memang benar, ketika menyertai APU, dua daripada lima parti yang membentuk koalisi itu adalah serpihan Pas sendiri iaitu Berjasa dan Hamim namun untuk Pas sebumbung semula dengan bekas orangnya yang kini bernaung di bawah payung Parti Pekerja adalah sesuatu yang sukar untuk dilaksana. Pas sendiri mengambil masa berdekad untuk terima semula Berjasa dan Hamim, itupun setelah kedua-dua parti itu tidak lagi dipimpin oleh bekas pemimpin Pas yang mengasaskannya.

Apa pun, seperti ahli gusti, ahli politik juga boleh berubah pendirian mengikut kepentingan. Dan ketika itu, orang yang berada di sekitar gelanggang yang ghairah melayan rasa sensasi menonton drama dimainkan mereka, pasti akan terpinga-pinga. Pas perlu lebih berhati-hati supaya pisang tidak berbuah dua kali. Parti itu juga akan lebih mendapat sokongan - yang asli - jika terus menyendiri.

Read More...


Wednesday, September 9, 2015

Bawa anjing dalam troli supermarket lagi ?

1:51 PM No Comments

SHAH ALAM - Sebelum ini, lebih 500 troli di pasar raya di Pletong terpaksa disamak ekoran dua orang wanita membawa anjing di dalam troli ketika membeli belah kini perkara serupa turut dikatakan berlaku di sebuah pusat membeli-belah di ibu negara.

Sebuah perkongsian oleh seorang pelayar yang menggunakan nama Muhammad Senyum di laman Facebooknya menunjukkan seorang pengujung membawa seekor anjing di dalam troli menjadi viral.

"Bawa anak anjing dalam troli supermarket," tulisnya dalam Facebook.

Sementara itu, Tesco Malaysia berkata, mereka akan membesarkan saiz papan tanda larangan membawa haiwan di semua 53 pasar rayanya di seluruh negara berikutan kontroversi dua orang pelanggan membawa seekor anjing menaiki troli di Tesco Extra Plentong di Johor Bahru, Johor pada Jumaat lepas.

Read More...


Hang pasaipa ?

1:39 PM No Comments

Hang pasaipa ? 

Assalamualaikum semua, harap semua sihat.. Sejak dua menjak ni aku perhati ja, kebanyakkan Kereta mewah ni susah sangat nak bagi signal ! hang pasaipa ? tak nak guna signal tu buang ja jauh-jauh jangan menyusahkan orang. 

Satu lagi duduk di KL ni kena hati-hati juga sebabnya semua bawa keta macam jalan tu dia yang punya! hang pasaipa ? jangan susahkan orang lain boleh dak ? bukan sahaja susahkan orang lain, malah membahayakan pengguna jalan lain. 

Ada lagi satu masalah pengguna jalan raya di Malaysia, suka sangat guna lorong kecemasan, korang tak fikir ke kalau masa tu, ambulans nak lalu nak bawa orang untuk berubat, macam mana dia nak lalu nanti ? kesian la, fikir sama ok ! 

Kesimpulannya, jangan penting diri sendiri, ingat, bukan kita jer pengguna jalan raya, fikir sama keselamatan orang lain. 
Read More...


Tuesday, September 8, 2015

Senarai Lagu Tema OST Drama Waris Kasih TV3 | Drama Waris Kasih (TV3) 2015

4:22 PM No Comments

Drama bersiri terbaru di slot Azalea bertajuk 'Waris Kasih' akan menemui penonton di TV3. Drama terbitan Temenggong Pictures itu menampilkan pelakon lama dan baru seperti Farisha Irwayu, Nisha Dirr, Johan As'ari, dan Tengku Putri Najuwa. Drama terbitan Temenggong Pictures dibawah arahan Zul Huzaimy. Saksikannya setiap hari Isnin hingga Khamis jam 4.00 petang di slot Azalea TV3.

LAGU TEMA / OST WARIS KASIH
Tajuk : Hati Dimiliki
Penyanyi : Dewi Liana Seriestha
Komposer : Sharon Paul
Lirik : Fatin/Cheli

Read More...


Senarai Lagu Tema OST Drama Lara Hati TV9 | Drama Lara Hati (TV9) 2015

4:17 PM No Comments

Orangetree Production mempersembahkan drama bersiri terbaru Lara Hati. Dibarisi oleh pelakon seperti Nazrief Nazri, Nelydia Senrose, Hafeez Mikail, Nonny Nadirah, Mustaqim Bahadon, dan Ika Nabella. Drama Lara Hati bakal mengisi slot Ratu TV9. Nantikan kemunculan mereka tidak lama lagi.

WATAK PELAKON

Nazrief Nazri sebagai Razlan
Nelydia Senrose sebagai Elena
Mustaqim Bahadon sebagai Azim
Hafeez Mikail sebagai Faiz
Nonny Nadirah sebagai Nisa
Ika Nabella sebagai Lela

*Senarai OST akan di kemaskini

Read More...


Senarai Pemenang Festival Filem Malaysia Ke-27 (2015)

4:13 PM No Comments

Festival Filem Malaysia ke-27 (FFM27) telah berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Sebanyak 20 anugerah diumumkan dalam majlis yang dihoskan oleh Sherry Alhadad dan Nabil Ahmad tersebut. Berikut adalah senarai pemenang pada malam kemuncak Festival Filem Malaysia Ke-27 (FFM27):

Senarai Pemenang FFM27:

Filem Box-Office - The Journey (kutipan RM18 juta)
Penyunting Terbaik - Adilan Azemi (Dollah Superstar)
Sinematografi Terbaik - Eric Yeong (The Journey)
Pelakon Kanak-Kanak Terbaik - Raykarl Iskandar (Lelaki Harapan Dunia)
Cerita Asal Terbaik - Liew Seng Tat (Lelaki Harapan Dunia)
Lakon Layar Terbaik - Mamat Khalid (Amir & Loqman Pergi Ke Laut)
Pengarah Harapan - Raja Mukhriz (Ophilia)
Pelakon Harapan Wanita - Dawn Cheong (Cuak)
Pelakon Harapan Lelaki - Kodi Rasheed (Ophilia)
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik - Nadiya Nisaa (Terbaik Dari Langit)
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik - Amerul Affendi (Terbaik Dari Langit)
Karyawan Sepanjang Zaman - Othman Hafsham
Anugerah Khas Juri -  The Great Lion
Anugerah Khas Juri - Amir & Loqman Pergi Ke Laut
Anugerah Khas Juri - Terbaik Dari Langit
Pelakon Wanita Terbaik - Fazura (Manisnya Cinta Di Cappadocia)
Pelakon Lelaki Terbaik - Lee Sai Peng (The Journey)
Filem Bukan Dalam Bahasa Melayu Terbaik - The Journey
Pengarah Terbaik - Liew Seng Tat (Lelaki Harapan Dunia)
Filem Terbaik - Lelaki Harapan Dunia
Filem Cereka Animasi Terbaik - Ribbit (KRU International Sdn Bhd)
Filem Animasi Bersiri Terbaik - Rimba Racer (Glue Studios Sdn Bhd)
Filem Pendek Terbaik - Salvaj (Cho We Jun)
Penataan Seni Terbaik - Tunku Mohd Taufek (Lelaki Harapan Dunia)
Penataan Bunyi Terbaik - Winson Poon (Hungry Ghost Ritual)
Pereka Kostum/Busana Terbaik - Elaine Ng & Wing Shum (Hungry Ghost Ritual)
Kesan Khas Terbaik - Mirage Works (Seventh)
Skor Muzik Asal Terbaik - Ooi Su Lyn & Teoh Eng Hooi (Manisnya Cinta Di Cappadocia)
Lagu Tema Asal Terbaik - “Lautan” oleh Yuna (Lagenda Budak Setan 3)
Penggiat Belakang Tabir - Puan Mariam Ibrahim

Read More...


Tiada Kepalsuan Copyright © 2013
Powered by Blogger