Kuala Lumpur: Majikan kepada Lola, 40, ibu remaja orang
kelainan upaya (OKU) Muhammad Firdaus Dullah, 15, mendakwa wanita terbabit
tidak pernah menceritakan kesempitan hidupnya kepada majikan yang mempunyai
pelbagai cara untuk membantunya.
Pengurus Kanan Modal Insan Brahim's Airline Catering (BAC)
Ahmad Reza Kamaruddin berkata, Lola yang bertugas sebagai pekerja penyajian di
syarikat itu sejak 10 tahun lalu terlalu berahsia dan hanya melakukan tugas
tanpa membabitkan hal-hal peribadi di tempat kerja.
“Kami terkejut apabila membaca kisah anaknya itu tersiar
kerana dia tidak pernah berkongsi masalahnya dengan pihak syarikat atau
Kesatuan Pekerja-pekerja BAC yang amat mementingkan kebajikan pekerja dan
ahlinya.
“Kami faham dengan pendapatan kasar RM2,327.81 sebulan atau
bersih RM1,549.38, ia mungkin tidak cukup untuk menyara dua anaknya tetapi
syarikat juga menyediakan banyak ruang untuk membantu termasuk memberi pinjaman
peribadi,” katanya ketika dihubungi Harian Metro di sini, hari ini.
Muhammad Firdaus ditemui dalam keadaan menyayat hati
terkurung dalam rumah di Flat Semarak, Taman Semarak Nilai, dekat sini, Sabtu
lalu.
Keadaan Muhammad Firdaus yang kini dirawat di Hospital
Tuanku Jaafar Seremban dilaporkan stabil dan semakin pulih.
Sumber : http://www.hmetro.com.my
0 comments:
Post a Comment