"SALAH satu sebab mengapa saya tinggalkan hidup dahulu
dan bertekad menutup aurat dan mengenali agama adalah kerana saya dah serik
melihat kawan-kawan saya yang asyik bergelumang dadah, parti-parti liar, serta
mabuk tidak tentu arah," kata bekas model, Felixia Yeap hari ini berkenaan
kejadian yang menimpa enam peserta konsert Future Music Festival Asia (FMFA)
2014 yang maut akibat mengambil dadah ketika menyertai konsert tersebut.
Menurutnya, perlakuan tersebut telah memperlihatkan bahawa
seseorang itu seperti tiada haluan dalam hidup dan merugikan diri mereka
sendiri.
"Pada pandangan saya mereka ini seperti tiada haluan
hidup.
"Secara jujurnya, walaupun susah untuk dipercayai, saya
memang tidak minum walaupun dari dahulu lagi, atau terikut-ikut sekali dengan
semua itu.
"...tetapi setakat melihat kehidupan orang di
sekeliling saya seperti itu, sudah cukup membuatkan jiwa saya merasa kosong.
"Semoga kita boleh ambil iktibar dari kejadian FMFA
yang telah meragut beberapa nyawa baru-baru ini," katanya yang dipetik
menerusi akaun Facebooknya.
Kelmarin, enam individu termasuk seorang pelajar dari sebuah
Universiti di Utara tanah air maut dan tiga kritikal disyaki akibat pengambilan
dadah secara berlebihan ketika berhibur di Konsert FMFA yang dianjurkan di
Stadium Nasional Bukit Jalil.
Mereka ialah Kamal Zekry Kamal Basha, 22; Victor Wong E
Hern, 26; Sabreena Kamaruddin, 21; M Suresh, 28; Syazana Sohaime, 23, dan Nor
Faizza Mohd Wazir, 27.
Dua orang yang kritikal ialah warga Singapura dan seorang
lagi warga tempatan, dalam linkungan umur 19 dan 27 tahun yang kini menerima
rawatan di PPUM dan di PPUKM.
Dalam satu sidang media semalam, Ketua Polis Kuala Lumpur,
Datuk Seri Mohamad Salleh berkata, ekoran hari ketiga perlu dibatalkan tanpa
alasan kerana menyebabkan masalah keselamatan.
Sumber : http://www.sinarharian.com.my
0 comments:
Post a Comment