Tuesday, March 11, 2014

Dua beradik rentung

4:06 PM No Comments

Alor Setar: Dua beradik tiri maut akibat terperangkap dalam kebakaran membabitkan tiga buah rumah di Taman Seri Putra, Kuala Kedah, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam, mayat mangsa Zamzuri Asyraf Don, 13, ditemui dalam bilik air di tingkat bawah manakala abangnya Zamzuri Aswad Zainol Abidin, 34, ditemui di bahagian tangga tingkat atas rumah itu.

Ketika kejadian, hanya mereka berdua dipercayai berada di rumah dua tingkat berkenaan berikutan ibu bapa mereka keluar berniaga.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah Awang Hidzel Awang Bujang berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 9.45 malam dan tiba di lokasi dengan 17 anggota bersama tiga jentera bagi memadam kebakaran.

Katanya, pihaknya masih menyiasat punca kejadian dan jumlah kerugian sebenar.

Sumber : http://www.hmetro.com.my


0 comments:

Post a Comment

Tiada Kepalsuan Copyright © 2013
Powered by Blogger