Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Kerja merupakan rutin harian bagi masyarakat kita pada hari ini. Sekirannya kita tidak bekerja bagaimana untuk mendapatkan wang. Zaman sekarang, kos sara hidup amatlah tinggi. Tetapi tahukah anda bekerja lebih masa, iaitu melebihi 8 Jam berisiko untuk mendapat penyakit jantung. Bagaimana itu ? Berikut adalah keterangan yang saya ambil dari Kosmo! Online.
Menurut pengkaji, sesiapa yang bekerja dalam tempoh masa
yang lama mempunyai risiko sebanyak 80 peratus untuk mendapat masalah
kardiovaskular itu.
Kajian yang disiarkan dalam American Journal of Epidemiology
itu menjelaskan bahawa pekerja yang kerap mengabdikan diri di pejabat mudah
diserang tekanan perasaan, darah tinggi dan amalan diet tidak tersusun.
Perbuatan itu dikhuatiri boleh mengakibatkan sakit jantung
dan strok.Kajian terkini oleh Institut Finlandia, Amerika Syarikat itu
digabungkan dengan hasil terdahulu di mana mereka yang bekerja lebih daripada
11 jam sehari memiliki risiko sakit jantung sebanyak 67 peratus.
Jelas pengkaji, keadaan itu berlaku akibat tekanan di tempat
kerja yang menambahkan kandungan hormon kortisol. Selain itu, tempoh tersebut
turut mengganggu jadual diet dan mengehadkan aktiviti fizikal.
Sumber rujukan : http://www.kosmo.com.my/ : Jangan kerja lebih lapan jam
0 comments:
Post a Comment