Thursday, February 13, 2014

SUKIPT 2014 | Kejohanan Sukan Institusi Pengajian Tinggi Malaysia (SUKIPT)

9:32 PM No Comments



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Malam ini, lepas tonton berita sukan TV3 sebentar tadi, terus terdetik untuk mengetahui mengenai Sukipt. Sebenarnya sudah lama dengar tentang Kejohanan sukan ini.Kejohanan Sukan Institusi Pengajian Tinggi Malaysia (SUKIPT), Sukipt merupakan sukan antara Institut Pengajian Tinggi. Sebenarnya, terdetik untuk tulis entri kerana teruja melihat kedudukan carta pingat. Universiti Teknologi MARA (UiTM) mengungguli carta. Tahniah kontijen UiTM ! Bangga saya kerana pernah menjadi pelajar UiTM. UiTM sentiasa di hatiku. 

Jom ikut saya kenali Sukipt : 

DEFINISI LOGO



  • Warna biru pada perkataan 'SUK' melambangkan satu kejohanan sukan yang mementingkan perpaduan yang kukuh dan semangat kesukanan yang tinggi di kalangan atlit bertanding.
  • Warna merah pada perkataan 'IPT' melambangkan semangat membara di kalangan individu yang menjayakan SUKIPT.
  • Huruf 'i' melambangkan IPT di seluruh Malaysia disertakan dengan golongan intelek yang akan terlibat dengan kejohanan ini.
  • Gelung dinamik dengan pecahan 5 kelopak di atas huruf 'i' melambangkan kerjasama utuh antara KPT dengan 4 majlis-majlis sukan IPT dalam menjayakan kejohanan ini.


DEFINISI MASKOT (Musang Pandan / Common Palm Civet / Musang Pulut)


  • Menonjolkan Musang Pandan yang merupakan haiwan yang dilindungi dan hampir pupus.
  • Musang Pandan juga merupakan haiwan yang lincah dan pantas selaras dengan atlit-atlit yang bakal lahir melalui SUKIPT.
  • 'Reflect' yang tinggi pada haiwan ini mencerminkan semangat kesukanan yang tinggi dan bersedia untuk bersaing dengan mengangkat martabat Malaysia di persada sukan antarabangsa.
  • Bentuk fizikal melambangkan kesempurnaan, kecergasan dinamik atlit dan simbolik kepada kekuatan, keberanian, kebebasan dan kecemerlangan berterusan


LAGU RASMI 




Sumber Rujukan : http://sukipt.com.my/



0 comments:

Post a Comment

Tiada Kepalsuan Copyright © 2013
Powered by Blogger