Wednesday, May 21, 2014

Sharifah Shahira kemalangan? | Sharifah Shahira

3:56 PM No Comments

AKIBAT terkejut dengan 'prank' yang dirancang untuk mengenakannya, pelakon dan pelawak, Sharifah Shahira jatuh terlentang hingga menyebabkan dia mengalami kecederaan di belakang kepalanya.

Menceritakan semula kejadian yang berlaku pada waktu senja itu, pelakon yang terkenal dengan watak komedi ini memberitahu 'prank' berkenaan dirancang bagi sebuah program 'game show'.

"Ketika itu waktu maghrib dan saya baru pulang dari tempat kerja menuju ke kereta. Tiba-tiba saya dikejutkan dengan kelibat seperti hantu keluar dari bonet kereta.

"Saya terkejut dan terus berlari tapi nasib tak baik kerana terlanggar kereta lalu terjatuh terlentang. Saya bukannya takut hantu, tapi saya terkejut sebab kejadian itu berlaku di kawasan sunyi mana tahu kalau-kalau itu adalah orang gila.

"Selepas jatuh saya rasa 'blur' sekejap dan dapati kepala saya berdarah tapi tak serius," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Katanya lagi, selepas kejadian itu berlaku dia terus mendapatkan rawatan di Pusat Perubatan KPJ Tawakkal.

"Walaupun berdarah, tapi doktor tak jahit luka itu. Dia cuma balut dan biarkan pendarahan tersebut berhenti sendiri.

"Saya pun dah jalani pemeriksaan X-ray, dan doktor beritahu setakat ini tiada apa-apa yang serius. Cuma kalau keadaan masih tidak berubah (masih terus berdarah), doktor suruh saya datang semula ke hospital," katanya yang telah diberikan cuti rehat selama lima hari.

Kejadian ini adalah pertama kali berlaku kepada dirinya dan Shahira berkata, dia tidak merancang untuk mengambil apa-apa tindakan terhadap produksi tersebut.

Bagaimanapun atas nasihat suaminya, Ijoy, dia tidak akan menyertai program seumpama itu.

Sumber : http://www.sinarharian.com.my


0 comments:

Post a Comment

Tiada Kepalsuan Copyright © 2013
Powered by Blogger