Wednesday, May 21, 2014

Ibu Dyana jawab kekesalan Mahathir

12:38 PM No Comments

SHAH ALAM - "Saya cuba didik anak saya sebagai Mukhriz tetapi apabila sudah besar dia jadi Marina," kata Yammy Samad, ibu Dyana Sofya Mohd Daud menjawab kekesalan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kerana Dyana Sofya menjadi calon DAP bagi kerusi Parlimen Teluk Intan.

Yammy berkata, beliau mahu Dyana mengikut jejak langkah Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir namun perawakan anaknya itu lebih mirip kepada Datin Paduka Marina Mahathir.

"Saya beri kebebasan kepada anak saya untuk memilih mana baik dan mana buruk. Dia sudah dewasa dan sudah boleh memikirkannya,” katanya kepada The Malaysian Insider semasa sesi bertemu pengundi hari ini.

Semalam, Bernama melaporkan Dr Mahathir meluahkan kekecewaannya apabila calon yang diletakkan DAP itu datang daripada keluarga yang menyokong perjuangan Umno sejak sekian lama.

Yammy berkata, Dyana berhak menentukan masa depannya sendiri, hatta memilih suami bukan Melayu.

“Dia hendak kahwin, terpulang pada dia. Dia hendak kahwin dengan Melayu, Cina dan India jika bersesuaian. Kalau saya paksa berakhir dengan kegagalan buat apa?” katanya.

Beliau berkata, tiada apa yang perlu ditakutkan anaknya menyertai DAP kerana parti itu bukan terdiri daripada orang Cina sahaja.

Katanya, Dyana dilahirkan sebagai orang Islam dan akan terus berada dalam akidah Islam.

Ketika ditanya adakah anaknya itu nanti akan memperjuangkan Melayu menerusi DAP, Yammy berkata: "InsyaAllah.

Sumber : http://www.sinarharian.com.my


0 comments:

Post a Comment

Tiada Kepalsuan Copyright © 2013
Powered by Blogger