PENYANYI popular dan komposer, Adam Ahmad, 50, meninggal
dunia kira-kira 12 tengah malam tadi di Hospital Ampang akibat komplikasi
pelbagai penyakit termasuk jangkitan kuman pada paru-paru.
Allahyarham meninggal dunia kira-kira jam 12.15 malam Khamis
dan meninggalkan seorang isteri, Norliza Ayat.
Antara lagu popularnya, Kau Pergi Jua yang menjadi siulan ramai
pada awal 1980-an.
Selain bergelar penyanyi, Allahyarham juga merupakan seorang
pencipta lagu terkenal dan pernah memenangi Anugerah Juara Lagu pada 1990
menerusi lagu 'Janji Manismu' nyanyian Aishah dan pada tahun 1993 dengan lagu
'Teratai Layu Di Tasik Madu' dendangan Fauziah Latiff.
Al-Fatihah.
Sumber : http://www.sinarharian.com.my
0 comments:
Post a Comment