NAMA Adam dan Fiza kembali menjadi perhatian selepas bekas
ahli anggota Elite itu dikatakan memfailkan penceraian di mahkamah syariah di
Shah Alam minggu lalu.
Khabar itu tentu sekali mengejutkan ramai selepas Adam atau
nama sebenarnya Mohd Aizam Mat Saman, 31, menerusi kenyataan kepada beberapa
portal hiburan minggu lalu memberitahu dia dan isterinya tidak bergaduh dan
meminta agar semua mendoakan yang terbaik untuk rumah tangga mereka.
Ditebak sekali lagi mengenai perihal rumah tangganya, Adam
berkata kepada Zass, : "Maaf saya tidak mahu komen mengenai hal peribadi.
Tunggu saja masa dan ketikanya nanti, pasti akan mengetahuinya," jelas
Adam yang dihubungi menerusi aplikasi WhatsApp.
Sebelum ini Fiza atau nama sebenarnya Siti Zaidatul Fiza Abd
Halim, 33, dan Adam mengejutkan peminat dan industri seni apabila mengambil
keputusan untuk mendirikan rumahtangga September tahun lalu.
Pernikahan itu berlangsung
dalam majlis serba sederhana di Jabatan Agama Islam Selangor, Shah Alam
selepas dua bulan berkenalan.
Bagaimanapun sebulan selepas itu, hal rumah tangga mereka
menjadi perhatian apabila pasangan ini dikatakan bergaduh besar di stesen
minyak dipercayai akibat perasaan cemburu Adam selepas Fiza terjumpa dengan
bekas teman lelakinya.
Namun, Adam yang dihubungi selepas itu menjelaskan hubungan
mereka masih dalam keadaan baik. Bagaimanapun beberapa bulan kemudian, sekali
lagi perkahwinan Adam dan Fiza jadi bahan perhatian selepas Fiza dilihat
memadam gambar-gambar suaminya di Instagram.
Luahan hati Fiza
Bagaimanapun usaha Zass untuk mendapatkan penjelasan
daripada Fiza gagal apabila pelakon dan penyanyi itu tidak menjawab panggilan
dan WhatsApp yang dihantar kepadanya.
Namun, Fiza menerusi akaun Instagram miliknya seolah-olah
meluahkan perasaan mengenai apa yang dirasai ketika ini.
"Salam semua. Maaf andai saya ada berbuat silap atau
terkasar bahasa. Saya benar-benar berharap agar semua di luar sana memahami
perasaan saya sekarang ini. Janganlah ditanya bermacam-macam jenis soalan. Saya
ini cuma wanita biasa yang ke kadang lemah dan tak mampu untuk menanggung
beban.
"Tapi saya tahu dan pasti semua ini ketentuan dari pada
ALLAH. Siapa yang mahu untuk jadi begini? Kalau disoal pada sesiapa pun, tak mungkin seseorang itu mahu menjalani
kehidupan seperti saya. Hormatilah apa jua keputusan saya. Saya hanya
merancang, tapi ALLAH lebih mengetahui segala-galanya.
"Saya cuma perlukan sokongan daripada anda semua untuk
saya terus kuat dan maju ke depan. Apa yang terjadi dan bakal berlaku biarlah
jadi rahsia antara saya dan ALLAH. Tak perlu untuk saya berkongsi ke semua
cerita peribadi saya kepada umum.
"Harap semua dapat memahami ya. Doakan yang terbaik
untuk kami. ALLAH adalah tempat saya berbicara dan mengadu, bukan dengan
sesiapa pun. Kita sebagai makhluk ALLAH dan hambanya cuma perlu menadah tangan
dan berdoa meminta pertolongan dari-Nya. Amin.”
Sumber : http://www.sinarharian.com.my
0 comments:
Post a Comment