GEORGETOWN - Seorang pelajar tingkatan satu terpaksa
menghadapi detik hitam yang mungkin sukar dilupakan dalam hidupnya apabila
dicabul seorang lelaki bernafsu songsang di sebuah stesen minyak terbiar di
Jalan Air Itam di sini kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 7 petang itu, mangsa yang
berusia 13 tahun dikatakan baru pulang dari sekolah sebelum didatangi suspek
yang secara tiba-tiba keluar dari sebuah kereta.
Menurut sumber, suspek pada mulanya mengajak mangsa berbual
sambil bertanya bersekolah di mana sebelum berlaku perkara sumbang yang
menjengkelkan.
“Suspek mungkin tidak dapat mengawal nafsunya lagi dan terus
memegang baju sebelum menarik mangsa ke lokasi yang agak gelap dan terlindung
di kawasan berkenaan.
“Lelaki itu kemudian melondeh seluar mangsa dan cuba
menghisap kemaluannya. Remaja berkenaan yang terkejut dengan perlakuan suspek
meronta sebelum bertindak menendang muka suspek,” katanya ketika dihubungi
semalam.
Akibat tendangan itu, suspek tersungkur dan mangsa terus berlari
menyelamatkan diri.
Menurutnya, mangsa terserempak dengan rakan abangnya tidak
jauh di tempat kejadian dan memaklumkan kejadian itu.
“Mangsa meminta pertolongan rakan abangnya dan suspek yang
ketakutan kemudian melarikan diri namun berjaya ditahan sebelum diserahkan
kepada polis,” katanya.
Sumber berkata, ketika ditahan berlaku sedikit pergelutan
apabila suspek cuba meloloskan diri namun tiada sebarang kecederaan serius
berlaku.
“Siasatan awal mendapati mangsa langsung tidak mengenali
suspek dan polis kini menahan lelaki berusia 18 tahun itu bagi membantu
siasatan.
“Pemeriksaan juga mendapati suspek tidak mempunyai sebarang
rekod jenayah dan ujian saringan awal air kencing mendapatinya tidak berada
bawah pengaruh dadah,” katanya.
Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut,
Superintendan Ismail Idris ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.
Ismail berkata, suspek kini direman selama tiga hari bagi
membantu siasatan.
Sumber : http://www.sinarharian.com.my
0 comments:
Post a Comment