Ya susah sungguh menjadi Nur Fathia. Dikurniakan wajah
cantik, populariti dan kekasih yang hensem pastinya membuatkan orang lain
cemburu. Baru-baru ini kalau anda perasan, cerita kegagalan Fathia menghadiri
satu sesi penggambaran telah pun tersebar di dada akhbar. Tindakan Fathia yang
tidak menghadiri sesi itu menyebabkan pihak terbabit mengalami kerugian wang
ringgit dan juga masa.
Menerusi Harian Metro hari ini, Fathia melahirkan rasa
kekecewaan dan kebengangannya kerana tersebarnya cerita tersebut. Menurut
Fathia, pihak yang menjaja cerita itu telah pun mengesahkan masalah itu selesai
pada hari kejadian. Kata Fathia:-
Saya betul-betul tak faham kenapa macam-macam benda timbul
yang memburukkan nama saya satu persatu. Seolah-olah macam ada satu sabotaj
untuk menjatuhkan saya.
Bukannya saya tak datang langsung cuma lambat sedikit.
Sebenarnya saya mengalami lelah teruk pada hari fotografi itu dan mereka sudah
dimaklumkan.
Apabila tiba di lokasi, mereka batalkan sesi itu kerana
sudah lambat tapi mereka cakap semuanya okey sebab mereka faham kelewatan itu
ada sebab kukuh.
Tapi saya tak sangka pula ada yang menjaja cerita dan
burukkan saya ke luar selepas itu.
Biasalah itu manusia. Kadang-kadang mulut cakap lain, hati
fikir lain. Tak boleh nak salahkan mereka juga. Mungkin Fathia lepas ini perlu
lebih menepati masa dan memaklumkan secepat mungkin sekiranya ada sebarang
kelewatan. Ambil ini sebagai pengajaran dan anggaplah ia sebagai asam garam kehidupan
seorang selebriti.
Sumber : http://beautifulnara.com
hmmm... kalau buat kerja ikut syariah... insyaAllah Allah pelihara... tu jer yang saya pegang... lari jer dari syariah Allah... macam-macam fitnah boleh menimpa..dari pelbagai sumber... Allahualam bissawab...
ReplyDelete