Friday, March 14, 2014

Pelabuhan Klang makin tak nampak

4:11 PM No Comments

Kuala Lumpur: Pelabuhan Klang mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 325 yang dikategorikan sebagai 'berbahaya' sehingga 11 malam tadi, menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Menurut JAS, 13 kawasan mencatat bacaan IPU tidak sihat iaitu antara 100-200 ialah Bandaraya Melaka (124), Bukit Rambai (146), Nilai (170), Port Dickson (155), Seremban (161) dan Tanjung Malim (117).

Banting yang pada sekitar 7 petang mencatatkan 189 sudah mencecah 270 iaitu sangat tidak sihat pada sekitar 11 malam.

Kuala Selangor mencatatkan penurunan kepada 171 berbanding 179 pada 7 petang manakala Petaling Jaya (174), Shah Alam (164), Batu Muda di Kuala Lumpur (174), Cheras (144) dan Putrajaya (180).

Terdapat 19 kawasan mencatat petunjuk IPU sederhana baik antaranya Kemaman (56), Sibu (62) dan Tanah Merah (57) manakala 19 kawasan mencatat bacaan IPU baik iaitu Kota Tinggi (46), Langkawi (39) dan Kuala Terengganu (25).

Bacaan IPU yang baik berada antara 0-50, sederhana pada 51-100, tidak sihat (100-200), sangat tidak sihat (200-300) dan berbahaya (lebih 300).

Orang ramai boleh menyemak status IPU di kawasan masing-masing dengan melayari portal http://apims.doe.gov.my.

Sumber : http://www.hmetro.com.my


0 comments:

Post a Comment

Tiada Kepalsuan Copyright © 2013
Powered by Blogger