WASHINGTON: Lautan Hindi mungkin menjadi kawasan pencarian
terbaru dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat Penerbangan Malaysia
(MAS) MH370, kata White House, awal pagi tadi.
Jurucakap White House Jay Carney berkata, tumpuan di Lautan
Hindi berdasarkan maklumat baru namun tidak semestinya muktamad.
"Kami dalam perbincangan bersama sekutu antarabangsa
untuk memastikan aset yang sepatutnya dikerah ke kawasan itu," katanya.
Namun, Carney tidak memberi penjelasan lanjut mengenai
maklumat baru ini.
Amerika Syarikat termasuk Tentera Lautnya antara beberapa
negara yang terbabit dalam operasi SAR pesawat MH370 yang hilang, Sabtu lalu.
"Terdapat beberapa senario yang masih disiasat mengenai
apa yang berlaku kepada penerbangan ini. Kami tidak dapat membuat kesimpulan
mengenai apa yang berlaku tetapi pihak kami giat mengambil bahagian dalam
operasi SAR ini. Kami sentiasa mencari maklumat, mengikut petunjuk dan bekerja
sama dalam siasatan yang diketuai Kerajaan Malaysia," katanya ketika
taklimat berita biasanya, di sini. - Reuters
Sumber : http://www.hmetro.com.my
0 comments:
Post a Comment