CANBERRA - AUSTRALIA. Pakar keselamatan Australia, Neil
Fergus berkata, jika dua objek dikesan di luar pantai Perth disahkan sebagai
milik MH370 maka beliau menolak sebarang kemungkinan berlaku kesilapan
teknikal.
Semalam, kerajaan Australia memaparkan imej satelit yang
mungkin serpihan pesawat di kira-kira 2,500 km barat daya Perth.
Fergus yang juga Pengarah Perisikan bagi Sukan Olimpik
Sydney 2000 berkata, jika berlaku kerosakan pada pesawat itu ini bermakna pesawat
terbabit tidak dapat diterbangkan di mana serpihan dikesan.
“Jika serpihan itu disahkan betul teori kepincangan teknikal
harus ditolak,“ katanya.
Menurutnya, tidak mungkin ada masalah teknikal atau berlaku
kebakaran jika pesawat itu dapat diterbangkan ke lokasi yang didakwa penemuan
serpihan terbabit.
Sementara itu, Washington Post dalam satu laporan pakar
berkata, Malaysia Airlines tidak memiliki aplikasi asas yang sepatutnya
diletakkan pada setiap pesawat seperti pesawat Air France yang terhempas pada
2009.
Menurut laporan itu, perisian berharga hanya 6 pound (RM33)
itu dapat menghantar data penting seperti arah, kelajuan dan ketinggian
walaupun selepas transponder dan sistem ACARS dimatikan.
“Aplikasi itu membantu penemuan pesawat France yang terhempas
di Lautan Atlantik. Pasukan SAR dapat menemui semula pesawat itu selepas lima
hari,” menurut laporan itu kepada Agensi.
Difahamkan, aplikasi dikenali sebagai Swift itu dilaporkan
tidak digunakan pada pesawat MH370.
Sumber : http://www.sinarharian.com.my
0 comments:
Post a Comment