BACHOK – Ahli Parlimen Bachok, Ahmad Marzuk Shaary meminta
penjelasan daripada kerajaan mengenai dakwaan kemunculan tentera Amerika
Syarikat di Kelantan.
Beliau berkata, kemunculan tentera Amerika Syarikat di
Kelantan mendatangkan curiga dalam kalangan rakyat Kelantan.
Beliau mendakwa, gambar kemunculan tentera itu di Kelantan
telah dirakam oleh aktivis di salah sebuah hotel di Kota Bharu dan gerombolan
tentera itu menuju ke Hutan Simpan Sokor, Tanah Merah.
“Dalam ucapan saya di parlimen ketika membahaskan perbahasan
titah ucapan Yang DiPertuan Agong, Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen
Ketiga Belas baru-baru ini, saya menyatakan bahawa dokumen oleh Arkib Negara
Malaysia bertajuk Documents On Malacca From 1509-1511, mendedahkan bagaimana
Kota A famosa dibina oleh Portugis dari batu nisan orang Muslim dan serpihan
batu masjid yang runtuh akibat serangan Portugis.
“Dokumen tersebut juga mendedahkan surat Alfonso De
Albuquerque kepada King D Manuel tentang tekadnya untuk menghancurkan Makkah
dan kota Muslim yang lain, yang perlu dibaca sebagai sebahagian strategi perang
salib,” katanya.
Beliau yang juga AJK Pemuda Pas Pusat mengingatkan kerajaan
mengenai dakwaan konspirasi barat dalam beberapa tragedi termasuk pencerobohan
ke atas Iraq, Afghanistan dan pendedahan intipan oleh bekas agen Central
Intelligence Agency
(CIA), Edward Snowden.
Ahmad Marzuk juga meminta kerajaan menyiasat kes pesawat
MH370 bersama dengan hubung kait kes kehadiran dua perisik Israel di Bukit Aman
dan penglibatan APCO.
Sementara itu, melalui beberapa laman blog kelmarin
menyiarkan artikel Dewan Rakyat yang dimaklumkan mengenai kehadiran tentera
Amerika Syarikat ke Kelantan pada awal bulan ini.
Melalui artikel itu, Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk
Abdul Rahim Bakri berkata, kehadiran mereka selama dua minggu dari 18 hingga 21
Mac untuk latihan tahunan bersama Markas 8 Briged dan Markas Tentera Darat.
Menurutnya lagi, kehadiran tentera United States Army
Pasific (USARPAC) itu juga menjalankan latihan bencana alam seperti banjir dan
jungle warfare. Latihan sedemikian juga bakal diadakan lagi pada 17 hingga 29
September 2014.
Sumber : http://www.sinarharian.com.my
0 comments:
Post a Comment