PELAWAK terkenal era 80an, Datuk Ali Mamak atau nama
sebenarnya Osman Jantan meninggal dunia jam 4.20 pagi tadi.
Memetik laporan sebuah portal hiburan, Allahyarham yang
dikenali melalui sitkom ‘Santan Berlada’ meninggal dunia di Hospital Universiti
Kebangsaan Malaysia (HUKM) kerana kanser tahap kedua.
Perkara ini juga disahkan oleh anak lelakinya, Shahrul Nizam
melalui akaun Facebook (FB) peribadinya.
Allahyarham yang merupakan anak kelahiran Kampung Pulau,
Masjid Tanah, Melaka sudah berkecimpung dalam bidang seni selama kira-kira 25
tahun, dan telah dianugerahkan gelaran Darjah Seri Melaka (DSM) oleh Kerajaan
Negeri Melaka pada tahun 2008 yang membawa gelaran Datuk.
Jenazah akan dibawa ke rumahnya di Batu 14, Hulu Langat
sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Dusun Tua Batu 16, Hulu Langat,
Selangor untuk dikebumikan sebelum Zohor.
Sumber : http://www.sinarharian.com.my
0 comments:
Post a Comment