SHAH ALAM – Cerita Philip Wood, seorang eksekutif syarikat
komputer IBM yang juga penumpang MH370, yang dikatakan telah menghantar mesej
secara rahsia mendakwa pesawat itu dirampas pihak tertentu dan dia kini ditahan
di sebuah pangkalan tentera, tidak harus dipercayai.
Geostrategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Dr
Azmi Hassan berkata, dakwaan itu hanya satu usaha memburukkan Malaysia oleh
pihak yang mahu masyarakat antarabangsa mempercayai bahawa kerajaan negara ini
menyembunyikan maklumat apa yang didakwa sebagai fakta sebenar di sebalik
kehilangan MH370.
"Mesej itu dibuat oleh orang. Mustahil dalam tempoh 22
hari, dengan begitu banyak negara terlibat dalam usaha mencari secara
besar-besaran, perkara ini boleh disimpan sebagai rahsia. Bagi saya, ini tidak
logik. Media asing sengaja membesarkannya sebagai berita sensasi untuk
memburukkan imej Malaysia," katanya.
Dalam mesej internet bertarikh 19 Mac lalu, pengirim yang
mengaku dirinya 'Philip Wood' itu mendakwa mereka ditahan sepasukan anggota
tentera selepas pesawat MH370 dirampas.
'Wood' mendakwa ketika rampasan itu, matanya ditutup dan dia
percaya, telah diberikan dadah oleh perampas.
Apa yang lebih mengejutkan, pengirim mesej itu juga mendakwa
dia dan penumpang lain ditahan di Pulau Diego Garcia di mana dia ditempatkan
dalam sel yang berasingan daripada penumpang lain.
"Saya menyembunyikan telefon di dalam dubur,
membolehkan saya menghantar mesej ini," tulis 'Wood'.
'Wood' yang nama itu sememangnya direkodkan sebagai seorang
daripada 227 penumpang MH370, rakyat Amerika Syarikat dan merupakan eksekutif
kanan IBM berpangkalan di Beijingsejak dua tahun lalu, menyertai penerbangan MH370 dalam
perjalanan pulang selepas menyelesaikan urusan kerjanya di negara ini.
Dia juga memuat naik gambar profilnya yang setelah dikaji,
menggunakan perisian tertentu dirakam di Diego Garcia bertarikh 18 Mac 2014.
Orang ramai turut memberi reaksi terhadap mesej yang diragui
itu malah, ada yang menganggap tidak masuk akal.
Sumber : http://www.sinarharian.com.my
0 comments:
Post a Comment