San Francisco: Sejenis telur tiruan diperbuat daripada
tumbuh-tumbuhan bakal menembusi pasaran global selepas firma Amerika Syarikat
(AS) yang dibiayai lelaki terkaya di Asia mendedahkan perkara itu.
Ia bakal menggantikan telur dalam semua termasuk pembuatan
kek hingga mayonis tanpa memerlukan seekor ayam untuk menghasilkan
pengeluarannya.
Produk keluaran Hampton Creek itu sudah dijual di Whole
Foods di California dan kini firma yang dibiayai oleh lelaki terkaya Asia, Li
Ka-shing serta pengasas bersama Yahoo, Jerry Yang, merancang untuk menembusi
pasaran dunia.
Perjanjian dengan 500 syarikat
Malah syarikat terbabit dikatakan sudah menandatangani
perjanjian kerjasama dengan 500 syarikat termasuk pengeluar dan peruncit
makanan terbesar dunia.
“Teknologi membolehkan semua untuk mendapat lebih banyak
pilihan untuk masa depan bersama yang lebih baik,” katanya.
“Untuk memenuhi semua permintaan penduduk dunia yang semakin
bertambah, kita perlu lebih efisyen, lebih mesra alam sekitar dan lebih berkualiti
serta banyak pilihan.
Ketua pegawai eksekutif, Hampton Creek dan pengasas, Josh
Tetrick berkata, kita hidup ketika pilihan tidak sihat adalah murah dan mudah,
manakala pilihan sihat adalah mahal dan sukar.
“Sasaran kami sentiasa untuk membina sebuah syarikat yang
menghasilkan makanan sihat dan mudah didapati kepada sesiapa saja.
“Menyelesaikan masalah itu bermakna menyelesaikan masalah
kebanyakan orang ramai bukan hanya mereka yang mampu untuk membayar AS$5.99
bagi telur organik,” katanya.
Idea Tetrick adalah untuk mencari campuran tumbuh-tumbuhan
yang senang tumbuh, apabila dicampur bersama dengan betul, meniru rasa, nilai
khasiat dan kegunaan memasak bagi sebiji telur.
AGENSI
Sumber : http://www.bharian.com.my/
0 comments:
Post a Comment