Assalamualaikum.. Jam 2.23 Pagi.. Esok kerja pagi.. tapi tak tidur lagi... Bukan apa, cuma terfikirkan komen atas gambar yang aku posted di FB, dua-tiga hari lepas.. Antara komen-komen yang di beri satu komen yang aku memang rasa tidak boleh di terima.. Teruk sangatkah gambar yang aku post ? Tak tutup aurat kah ? semua itu menjadi tanda tanya...
Berbalik kepada gambar yang aku post di FB, actually Instagram.. yang aku dah deleted pon.. aku rasa gambar tu, biasa-biasa ja.. Satu komen ini yang aku terasa... dan rasa tidak patut dia cakap macam itu " Geli. Jatuh saham hang" satu lagi komen dia "Ini gambar mengaibkan diri sendiri" aku nak tanya teruk sangatkah ? aku pon tak sangka perkataan ini keluar dari golongan yang Bijak pandai.. maaf la.. tujuan aku tulis ini bukan nak cari gaduh,.. cuma nak perjelaskan.. tak perlukan tegur secara terbuka kalau tak suka pon... Boleh ja kalau nak PM inbox..
Apa pon.. mereka semua ada hak untuk komen.. akui terima pendapat semua... muhasabah diri ... Terima kasih kerana menegur... Harap semua ini, dapat bantu aku memperbetulkan diri aku kearah kebaikan.. memperbaiki diriku.. Akhir kalam.. Maaf untuk semua.. Manusia tidak pernah lari kesilapan...Harap semua ini menjadi Iktibar pada semua...
Setiap apa yang kita lakukan, manusia akan memerhati. Jika jelas hal itu baik, maka baiklah ia. Namun jika hal itu hanya menimbulkan fitnah dan kutukan orang ramai maka bermuhasabahlah kembali. Tunjukkan akhlak sebagai seorang muslim apabila berada dalam media sosial. Gambar yang baik maka akan memberi faedah kepada diri sendiri dan juga orang lain. Namun gambar yang lagha, mengaibkan diri sendiri, dan menyebabkan orang memandang buruk terhadap kita maka elakkanlah. Sebaiknya gambar 'tersebut' untuk tatapan diri sendiri.
ReplyDeleteBaiklah saudara.. kalau itu tidak menyenangkan saudara....mungkin saudara boleh boleh.. unfriend saya..
Delete