Thursday, March 15, 2012

Uban adalah Cahaya Bagi Seorang Mukmin

11:12 PM 3 comments









Assalamualaikum, kali nak berkongsi sedikit ilmu yang berguna untuk kita semua, sekarang aku dah masuk sem 6, Uitm. So, agak susah la nak updated blog hari - hari macam dulu.. Baiklah kali ini ada sedikit perkongsian cerita , bukanlah cerita sebenarnya  tapi ianya mengenai sebuah hadis , mungkin ramai yang dah tahu, dan mungkin ramai yang belum tahu. Hadisnya begini, " Uban adalah cahaya bagi seorang mukmin. Tidaklah seseorang beruban walaupun sehelai dalam islam melainkan setiap ubannya akan di hitung sebagai satu kebaikan dan akan meninggikan darjatnya.. " Dari Abdullah Bin Umar, Sabda Rasulullah s.a.w. Lihatlah dan renungkanlah wahai teman - teman bertapa mulianya uban kita yang akan menolong kita di akhirat kelak. Insyallah.

Selain daripada itu, dari Abu hurairah, Rasulullah s.a.w bersabda, " Janganlah mencabut uban, kerana uban adalah cahaya pada hari kiamat nanti. Siapa saja boleh beruban dalam islam walaupun sehelai, maka dengan uban itu akan di catat baginya satu kebaikan, dengan uban itu akan di hapuskan satu kesalahan, juga akan di tinggikan satu darjat. Oleh itu , janganlah kita mencabut uban kerana ianya akan menjadi cahaya kepada kita di hari akhirat kelak. Insyallah. Semoga kita sentiasa di beri petunjuk dan hidayah dalam kehidupan agar kita sentiasa di sinari cahaya, cahaya yang membolehkan kita sentiasa berada di jalan yang lurus, jalan yang di redhai oleh Allah S.w.t. Amin....




3 comments:

Tiada Kepalsuan Copyright © 2013
Powered by Blogger