Sunday, August 28, 2011

Jumlah kematian menurun pada hari kelima Ops Sikap

12:12 PM No Comments




KUALA LUMPUR: Jumlah kematian akibat kemalangan jalan raya pada hari kelima Ops Sikap-24 semalam menurun berbanding Jumaat dengan mencatat 17 kematian, walaupun jumlah kenderaan bertambah di kebanyakan jalan-jalan utama di seluruh negara. 

Menurut Polis Bukit Aman dalam laman webnya, rekod kematian berikutan kemalangan jalan raya semalam hanya 17 orang berbanding 24 orang pada Jumaat.
Daripada jumlah itu, penunggang motosikal mencatatkan jumlah kematian tertinggi dengan 11 kematian dan masing-masing tiga kematian membabitkan pengguna kereta dan pejalan kaki.
Menurut kenyataan itu, tujuh kes kematian dicatat di jalan persekutuan, manakala jalan bandaran merekodkan enam kematian diikuti dengan satu kematian masing-masing di jalan negeri dan lain-lain jalan.

Sementara itu, sebanyak 9,108 saman dikeluarkan kepada pesalah trafik dalam operasi semalam.

Ops Sikap yang dilancarkan oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar pada Isnin lepas bertujuan menyedarkan orang ramai mengenai pemanduan berhemah dalam usaha mengurangkan kadar kematian akibat nahas jalan raya pada musim perayaan akan berakhir 6 September ini. - BERNAMA

Sumber : Berita Harian Online


0 comments:

Post a Comment

Tiada Kepalsuan Copyright © 2013
Powered by Blogger