Saturday, August 6, 2011

Tengkorak dan rangka manusia dijumpai dalam kebun terbiar

12:57 PM No Comments











Assalamualaikum semua.... ini kisah aku dapat dari berita harian online..... ada tengkorak dan rangka  manusia di kebun.... untuk  berita lanjut baca article ini.... 












KUALA LUMPUR: Tengkorak dan rangka manusia dipercayai seorang pemburu ditemui di sebuah kawasan kebun terbiar di Kampung Bumi Hijau, Kundang, Rawang dekat sini Khamis lalu. 

Rangka manusia itu ditemui orang awam yang melalui kawasan terbabit kira-kira jam 6.30 petang Khamis lalu, dipercayai berada di kawasan berkenaan kira-kira enam bulan lepas berdasarkan siasatan awal polis.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah ketika dihubungi Bernama hari ini, berkata identiti mangsa masih tidak diketahui kerana tiada dokumen pengenalan diri ditemui pada rangka itu.


"Mangsa berkemungkinan seorang lelaki berdasarkan penemuan baju dan seluar serta sepasang kasut berwarna hitam berhampiran rangka terbabit," katanya. 

Beliau berkata, polis tidak menolak kemungkinan mangsa seorang pemburu kerana kawasan sekitar di mana rangka dan tengkorak itu ditemui terkenal dengan kawasan memburu. 

"Mangsa mungkin pengsan di situ tanpa disedari oleh orang ramai dan kemungkinan binatang buas yang memakan dagingnya," katanya. 

Katanya, polis tidak menemui sebarang senjata yang boleh dikaitkan dengan kematian mangsa di tempat kejadian dan menurutnya kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
 

"Namun polis masih menjalankan siasatan untuk mencari punca sebenar kematian memandangkan lokasi kejadian itu juga turut dikenali sebagai kawasan penagih dadah," katanya. 

Rangka manusia itu dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat. - BERNAMA



SUMBER : BERITA HARIAN ONLINE...


0 comments:

Post a Comment

Tiada Kepalsuan Copyright © 2013
Powered by Blogger