Wednesday, June 8, 2011

Gangguan seksual ??

1:06 PM No Comments



Gangguan seksual (Sexual Harassment) adalah perlakuan lucah yang tidak direlakan oleh mangsa. Gangguan seksual adalah suatu keadaan yang tidak boleh diterima, baik secara lisan, fizikal atau isyarat seksual, pernyataan yang bersifat menghina secara tegas, atau keterangan secara seksual bersifat diskriminasi dibuat oleh seseorang yang mengganggu pekerja lain.

gangguan seksual Bagaimana Menghadapi Gangguan Seksual Di Tempat Kerja













Perlakuan tersebut menyebabkan pekerja tersebut merasa terancam, dihina, dipermalukan, diperbodohkan, dicabul maruah atau melemahkan situasi suasana kerjanya atau memberi ancaman atau intimidasi di persekitaran tempat dia bekerja.
Di antara contoh mudah gangguan seksual adalah bila tiba-tiba rakan sepejabat kita  yang berlainan jantina meletakkan tangannya dibahu kita yang mengakibatkan perasaan tidak selesa. Atau rakan kita menceritakan jenaka lucah, dengan bermaksud untuk sekadar bergurau tetapi kita merasa terganggu atas jenakanya.
Lima jenis bentuk Gangguan Seksual:

1. Gangguan Secara Lisan:
contohnya: kata-kata, komen, gurauan, usikan bunyi dan soalan-soalan yang berbentuk ancaman atau cadangan seksual.

2. Gangguan Secara Isyarat/Bukan Lisan:
contohnya: pandangan atau kerlingan yang membayangkan sesuatu niat atau keinginan, menjilat bibir atau memegang atau memakan makan dengan cara menggoda, isyarat tangan atau bahasa isyarat yang membayangkan perlakuan seks, tingkah laku mengurat yang berterusan.

3. Gangguan Visual:
contohnya: menunjukkan bahan-bahan lucah, melukis gambar lucah, menulis surat berunsur seksual, mendedahkan bahagian bahan yang sulit yang tidak sepatutnya  didedah.

4. Gangguan Psikologi
contohnya: mengulangi jemputan sosial yang telah tidak diterima, memujuk rayu berterusan untuk keluar bersama atau untuk bercumbuan.

5. Gangguan Fizikal:
contohnya: sentuhan yang tidak diingini, menepuk, mencubit, mengusap, menggesel badan, memeluk, mencium, serangan seksual.


0 comments:

Post a Comment

Tiada Kepalsuan Copyright © 2013
Powered by Blogger