Assalamualaikum adik-adik semua , memandangkan sekarang merupakan musim peperiksaan abang ingin kongsikan beberapa tips yang abang ambil dari blog Cahaya Purnama. Jom intai !
Moga dipermudahkan oleh ALLAH. Bittaufiq wannajah
biiznillah..
Datanglah dengan bersedia dan lebih awal
Bawalah semua alat tulis yang anda perlukan seperti pensel,
pen, kalkulator, jam (tangan), pemadam, pembaris, dan lain-lainnya. Kelengkapan
ini akan membantu anda untuk memberi sepenuh tumpuan sepanjang masa
peperiksaan.
Tenang dan percayakan diri sendiri
Ingatkan diri anda bahawa anda sudah bersedia dan akan
menghadapi peperiksaan dengan baik.
Bersantailah tapi berhati-hati
Pastikan meja dan kerusi anda dalam keadaan baik dan selesa
untuk anda menulis. Duduk dalam keadaan menegak.
Preview soalan-soalan terlebih dahulu
Luangkan 10% dari keseluruhan waktu peperiksaan untuk
membaca soalan-soalan secara mendalam, tandakan kata-kata kunci dan tetapkan
berapa lama masa yang diperlukan untuk menjawab setiap soalan. Rancangkan untuk
menjawab soalan yang mudah dahulu, baru soalan yang sukar.. Ketika anda membaca
soalan, catatkan juga idea-idea yang muncul yang akan digunakan sebagai
jawapan.
Jawab soalan secara strategik
Mulakan dengan menjawab soalan mudah yang anda ketahui,
kemudian dengan soalan-soalan yang mempunyai markah yang tinggi. Soalan
terakhir yang harus anda jawab adalah:soalan paling sukar,yang memerlukan masa yang panjang untuk menulis jawapannya,
mempunyai markah sedikit .
Semasa menjawab soalan aneka pilihan, ketahuilah jawapan
yang patut dipilih
Mula-mula, abaikan jawaban yang anda tahu salah. Tekalah
pilihan jawapan ketika tidak ada pilihan jawapan yang dapat anda abaikan.
Jangan mengubah suatu pilihan jawapan jika anda tidak pasti kerana pilihan
pertama jawapan anda biasanya betul, jangan menggantinya kecuali anda yakin
dengan pembetulan yang anda lakukan.
Semasa menjawab soalan esei, fikirkan dulu jawapannya
sebelum menulis
Buat rangka karangan secara ringkas untuk esei dengan
mencatat dahulu beberapa idea yang akan ditulis. Kemudian susun idea-idea
tersebut mengikut susunan yang mana penting atau perlu dibincangkan dulu.
Semasa menjawab soalan esei, jawab pada persoalannya
Tulis frasa pokok pada frasa pertama. Gunakan perenggan
pertama sebagai pengenalan esei anda. Gunakan perenggan seterusnya untuk
membincangkan isi-isi utama secara terperinci. Sokong isi anda dengan
penerangan yang jelas, contoh, atau petikan dari buku atau media lain jika
perlu.
Bahagikan 10% waktu anda untuk memeriksan jawapan
Periksa jawapan; elakkan keinginan untuk cepat meninggalkan
dewan atau bilik setelah anda menjawab semua soalan ujian. Pastikan anda telah
menjawab semua soalan. Baca sekali lagi jawapan anda untuk memeriksa ejaan,
struktur bahasa dan tanda baca. Untuk jawapan matematik, pastikan tidak ada
kesilapan (misalnya salah meletakkan tanda titik perpuluhan). Bandingkan
jawapan matematik anda yang sebenarnya dengan pengiraan ringkas.
Analisa jawapan anda
Setiap peperiksaan akan membantu anda dalam mempersiapkan
diri untuk peperiksaan berikutnya. Tetapkan strategi mana yang sesuai dengan
anda. Tentukan strategi mana yang tidak menjadi dan ubahlah. Gunakan kertas
peperiksaan sebelumnya ketika belajar untuk peperiksaan akhir.
Berdoa dan bertawakkal kepada ALLAH S.W.T
Semoga bermanfaat kepada semua !
Sumber : http://cahayapurnama.com