SHANGHAI - CHINA. Seorang lelaki bertindak mengelar tangan
serta memotong jari isterinya dengan sebilah parang selepas cemburu dan menuduh
isterinya mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain.
Mangsa yang hanya dikenali sebagai Qing, 29, dimasukkan ke
Hospital di daerah Changning, pada Ahad dengan pergelangan tangan kirinya
cedera dikelar dan jarinya putus.
Qing berkata, dia tinggal berasingan dengan suaminya kerana
bekerja di luar daerah sejak Januari lalu dan suaminya itu yang dikenali
sebangai Chen, sentiasa menuduhnya mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain.
Malah suaminya itu turut menghantar mesej mengugut untuk
mencederakannya sehingga hilang upaya supaya tiada lelaki lain akan
mendekatinya selepas ini.
Sebelum ini, wanita berkenaan ingin menuntut cerai namun
atas nasihat beberapa rakannya yang memintanya untuk bersabar demi kebaikan
anak tunggalnya berusia 3 tahun yang tinggal bersama keluarga suami, dia
terpaksa melupakan hasratnya.
Wanita berkenaan mendakwa, suaminya menculiknya dari kilang
tempat dia bekerja di Suzhou dan membawanya ke sebuah apartment di Pudong,
Shanghai.
Memetik laporan Shanghai Daily, berlaku pertengkaran di
antara mereka dan suaminya itu bertindak mengelar pergelangan tangan kiri
isterinya serta memotong beberapa jari wanita itu.
Doktor cuba untuk menyambung semua jari wanita itu, namun
tidak berjaya.
Sumber : http://www.sinarharian.com.my
0 comments:
Post a Comment